Laman Sesawang Rasmi Majlis Daerah Sarikei
Siaran Akhbar, 09 May 2024
Rabu, 24 April 2024, 2:30 petang – Majlis Daerah Sarikei (MDS) telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Majlis Perbandaran Manjung (MPM) diketuai oleh Pengerusi Majlis, Kr. Wong Zee Yeng, Setiausaha Majlis, En. Sait Enggang serta 16 orang Ahli Majlis dan 7 orang kakitangan MDS. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengurusan lesen premis digital mypatil serta best practices khidmat pengurusan MPM. Majlis juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh warga kerja MPM atas kejayaan sebagai PBT Perbandaran Terbaik pada Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan pada 11-12 Mac 2023 yang lalu. Setinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia En. Mohd Helmi bin Ariffin, Setiausaha Perbandaran MPM, Puan Noohayati binti Abdul Rahim, Pengarah Kanan Jabatan Khidmat Pengurusan, En. Mohd Sharil b Salihin, Pengarah Jabatan Perlesenan dan Penguatkuasaan, En. Nafees bin Hashim, Pengarah Jabatan Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam, Ahli-ahli Majlis dan ketua – ketua Jabatan yang turut sama hadir ketika sesi perkongsian dijalankan. Semasa sesi perkongsian dijalankan, Ahli – Ahli Majlis MPM juga turut bertukar pandangan perihal pengurusan di Daerah Sarikei dan delegasi Majlis turut dijemput ke lawatan tapak / premis perniagaan di mana tatacara penggunaan sistem myPatil secara hands-on di lapangan dibuat dari awal hingga proses pengeluaran lesen/kompaun.
Siaran Akhbar, 09 May 2024
Rabu, 24 April 2024, 8:30 pagi – Majlis Daerah Sarikei (MDS) telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar Ke Majlis Daerah Kampar (MDKpr) diketuai oleh Pengerusi Majlis, Kr. Wong Zee Yeng, Setiausaha Majlis, En. Sait Enggang serta 16 orang Ahli Majlis dan 7 orang kakitangan MDS. Majlis merangkapkan setinggi penghargaan kepada Tuan Ahmad Suqairy bin Alias, YDP MDKpr, Puan Siti Azura Binti Haji Juki, Setiausaha Majlis serta barisan Ketua – Ketua Jabatan MDKpr kerana telah menerima delegasi dri MD Sarikei dengan begitu mesra dan dengan tangan terbuka. Tujuan lawatan Majlis ke MDKpr adalah untuk mempelajari sistem pengurusan sisa pepejal dan tapak pelupusan secara terbuka menggunakan sistem IWWB (Integrated Waste with Bridge). Majlis berhasrat untuk menimba ilmu daripada pihak MDKpr dalam usaha Majlis untuk meningkatkan perkhidmatan perbandaran yang lebih cekap dan berkesan dalam pengurusan sisa pepejal dan tapak pelupusan dimana ia merupakan perkhidmatan teras dalam sesebuah Majlis. MDKpr telah turut menjemput delegasi Majlis untuk melawat Tapak Pengurusan Pelupusan Sampah MDKpr dan melihat pengoperasian serta ke Tapak Penghasilan Kompos MDKpr dan Lorong Ilham Seni@Kampar. Pengerusi Majlis, Kr. Wong Zee Yeng dlm ucapan beliau berharap lawatan yang diadakan ini dapat memberi input yang bermanfaat dan ilmu pengetahuan yang baharu kepada ahli rombongan meskipun ada perbezaan bidang kuasa berbanding dengan Pihak Berkuasa Tempatan di Sarawak.
Siaran Akhbar, 09 May 2024
Selasa, 22 April 2024, 9:00 pagi– Majlis Daerah Sarikei (MDS) telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar Ke Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) diketuai oleh Pengerusi Majlis, Kr. Wong Zee Yeng, Setiausaha Majlis, En. Sait Enggang serta 16 orang Ahli Majlis dan 7 orang kakitangan MDS. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mempelajari tentang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pengurusan Tapak Pelupusan Bersepadu dan Kitar Semula di kawasan seliaan MBSP. Selepas sesi perkongsian, MBSP turut menjemput delegasi Majlis untuk melawat Upcyle Park dan Tapak Pelupusan Sampah milik MBSP. Melalui sesi perkongsian tersebut, Majlis turut bertukar pandangan dan idea untuk mengenal pasti cara pengurusan tapak pelupusan yang lebih efektif di Daerah Sarikei. MBSP juga turut berkongsi perjalanan menangani fenomena pembuangan sampah haram menggunakan sistem / projek Watch U. Majlis ingin mengucapkan penghargaan kepada Majlis Bandaraya Seberang Perai khususnya Ybhg. Dato’, Dato' Azhar B. Hj Arshad, Datuk Bandar MBSP, Yang Berusaha YDP En Mohd Naim Bin Mohd Ali, Penolong Pengarah Kanan, En Mohd Hafizi Bin Samsuari, Penolong Pengarah, Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua-ketua Unit atas kesudian menerima rombongan MD Sarikei dan berharap semoga lawatan ini merupakan titik permulaan terjalinnya hubungan yang erat antara dua buah PBT. Tidak lupa juga kepada syarikat Greenviro Solutions yang telah membentangkan projek Integrated Solid Waste Management Center (ISWMS) At Ampang Jajar di tapak pelupusan MBSP.
Siaran Akhbar, 09 May 2024
ISNIN, 6 Mei 2024 - Majlis Daerah Sarikei telah menganjurkan Program Team Building kakitangan bersama Ahli-Ahli Majlis di Hotel Kingwood, Sibu pada 4 Mei 2024. Pengerusi dan Timbalan Pengerusi MDS turut meluangkan masa menghadiri program Team Building bersama 83 orang kakitangan dan 16 orang ahli majlis. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya seperti Seize the Cup, Take Your Nut and Run, Through The Hole, Lava Walk, Radio Karat dan Larian Meniup Belon. Walaupun aktiviti yang dijalankan adalah secara “in house” namun cukup untuk menguji tahap kerjasama dalam kumpulan, ketahanan mental & emosi, komunikasi dan kemahiran serta kreativiti kumpulan dalam menghasilkan idea bernas. Pada sebelah malam turut diadakan Majlis Makan Malam sebagai penghargaan kepada kejayaan MDS mendapat Anugerah Emas dalam pertandingan Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Sarawak (AKPANS) yang telah diumumkan sempena Hari Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak pada 7 Februari 2024 di Borneo Convention Centre, Kuching. Dalam ucapannya, Puan Pengerusi, Kr. Wong Zee Yeng mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada warga kerja MDS, di atas kejayaan tersebut dan berharap kerjasama sebagai satu pasukan dapat diteruskan untuk setiap program/aktiviti yang melibatkan MDS. Turut hadir pada Majlis Makan Malam tersebut ialah Timbalan Pengerusi, Kr. Misiah bt Abu Seman, Ketua-Ketua Bahagian/Seksyen dan Ahli-Ahli Majlis, MDS.
Siaran Akhbar, 15 February 2024
KHAMIS, 8 FEB 2024: Majlis Daerah Sarikei melakar sejarah dan kejayaan apabila buat julung kalinya menerima Anugerah Emas bagi Kategori Pihak Berkuasa Tempatan Sarawak bagi Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Sarawak (AKPANS). Anugerah disampaikan sempena Hari Perkhidmatan Awam Sarawak 2024 bertempat di Pusat Konvensyen Borneo (BCCK), Kuching pada 7 Februari 2024 (Rabu) yang mana Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Hj Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Hj Openg. Bagi Kategori Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebanyak enam(6) buah PBT telah terpilih ke peringkat akhir (finalis). Anugerah Perak dimenangi oleh Majlis Perbandaran Padawan dan Anugerah Gangsa dimenangi oleh Majlis Daerah Lundu.