TEAM BUILDING KAKITANGAN BERSAMA AHLI-AHLI MAJLIS MD SARIKEI TAHUN 2024

Posted on 09 May 2024
Source of News: MEDIAS

ISNIN, 6 Mei 2024 - Majlis Daerah Sarikei telah menganjurkan Program Team Building kakitangan bersama Ahli-Ahli Majlis di Hotel Kingwood, Sibu pada 4 Mei 2024. Pengerusi dan Timbalan Pengerusi MDS turut meluangkan masa menghadiri program Team Building bersama 83 orang kakitangan dan 16 orang ahli majlis.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya seperti Seize the Cup, Take Your Nut and Run, Through The Hole, Lava Walk, Radio Karat dan Larian Meniup Belon. Walaupun aktiviti yang dijalankan adalah secara “in house” namun cukup untuk menguji tahap kerjasama dalam kumpulan, ketahanan mental & emosi, komunikasi dan kemahiran serta kreativiti kumpulan dalam menghasilkan idea bernas.

Pada sebelah malam turut diadakan Majlis Makan Malam sebagai penghargaan kepada kejayaan MDS mendapat Anugerah Emas dalam pertandingan Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Sarawak (AKPANS) yang telah diumumkan sempena Hari Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak pada 7 Februari 2024 di Borneo Convention Centre, Kuching.

Dalam ucapannya, Puan Pengerusi, Kr. Wong Zee Yeng mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada warga kerja MDS, di atas kejayaan tersebut dan berharap kerjasama sebagai satu pasukan dapat diteruskan untuk setiap program/aktiviti yang melibatkan MDS.

Turut hadir pada Majlis Makan Malam tersebut ialah Timbalan Pengerusi, Kr. Misiah bt Abu Seman, Ketua-Ketua Bahagian/Seksyen dan Ahli-Ahli Majlis, MDS.