Laman Sesawang Rasmi Majlis Daerah Sarikei
Press Release, 14 August 2023
13 Ogos 2023, AHAD - SARIKEI: YB Dato’ Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Ahli Parlimen P.208 Sarikei merangkap ADUN N.45 Repok telah melakukan lawatan tapak untuk melihat sendiri pelaksanaan projek Pemasangan Lampu Jalan dibawah Peruntukan Transformasi Luar Bandar (RTP). YB Dato' Sri seterusnya diberi penghormatan menyempurnakan Simbolik Perasmian Projek Pemasangan Lampu Jalan di Jalan Pasi-Petai sebanyak 60 unit, Jalan Merudu (CTC-SJK Su Lok) 42 unit, Jalan Permai-Buris dan Jakar masing-masing 5 unit dengan kos RM452,595.00. YB Dato' Sri memberitahu bahawa beliau amat komited dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pembangunan luar bandar supaya ianya seiring dengan pembangunan di kawasan bandar. Beliau berharap dengan pemasangan lampu jalan ini, pengguna jalan raya khasnya penduduk setempat akan merasa lebih selesa dan selamat semasa memandu pada waktu malam. Turut hadir Kr. Wong Zee Yeng, Pengerusi MDS, Encik Sait Enggang, Setiausaha MDS, Penghulu Huang Tiong Kang, Encik Aizuddin bin Yusuf, Pegawai SESCO Sarikei serta Pegawai-Pegawai Teknikal dari MDS dan SESCO Sarikei.
Press Release, 12 August 2023
RABU, 9 OGOS 2023 - SARIKEI: Kr. Wong Zee Yeng, Pengerusi MDS turun padang untuk melihat sendiri keperluan dan keluhan penduduk yang disuarakan dari kawasan perumahan Taman Meranti & perumahan Jalan Sakam. Hasil lawatan akan digunakan oleh pihak MDS untuk membuat perancangan dan tindakan yang perlu diambil. Turut bersama beliau semasa lawatan ialah Kr. Misiah bt Abu Seman, Timbalan Pengerusi MDS, Kr. Gilbert Wong, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Awam, Kawalan Bangunan & Pengurusan Lalulintas, Ahli-Ahli Majlis MDS dan kakitangan Majlis.
Press Release, 12 August 2023
11 Ogos 2023, JUMAAT – SARIKEI: Majlis Daerah Sarikei telah mengadakan Kempen Membasmi Tikus di Pusat Penjaja Sungai Rejang, Sarikei. Cr. Ling Chai Yun wakil kepada YB Dato’ Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim merangkap Ahli Parlimen P.208 Sarikei dan ADUN N.45 Repok telah merasmikan kempen tersebut. Dalam ucapan perasmiannya, Cr. Ling memberitahu MDS adalah antara 12 PBT seluruh Malaysia yang terpilih untuk melaksanakan Kempen Membasmi Tikus bagi tahun 2023 oleh Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, Malaysia. Kempen ini merupakan salah satu wadah untuk memperingatkan masyarakat tentang bahayanya penyakit kencing tikus (leptospirosis), kepentingan mengawal populasi tikus dan juga perlunya Kawasan perniagaan bersih dan bebas tikus. Turut diadakan ialah gotong-royong membersihkan Pusat Penjaja Sungai Rejang, pengedaran risalah/ poster kempen membasmi tikus dan ceramah kesedaran penyakit kencing tikus (leptospirosis) oleh Dr. Nelson dari Jabatan Kesihatan Bahagian Sarikei serta pengagihan perangkap tikus kepada penjaja. Turut hadir ialah Cr. Misiah bt Abu Seman, Timbalan Pengerusi MDS, Cr. Law Hien Yii, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam dan Pelesenan, Puan Lentina Maringgai, Ketua Bahagian Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Bandar, Ahli-Ahli Majlis dan para penjaja.
Press Release, 09 August 2023
RABU, 9 Ogos 2023 - SARIKEI: Kr Wong Zee Yeng, Pengerusi Majlis Daerah Sarikei (MDS) bersama Ahli-Ahli Jawatankuasa Kecil Kerja Awam, Kawalan Bangunan & Pengurusan Lalu Lintas telah melakukan lawatan tapak untuk meninjau sendiri cadangan menaiktaraf persimpangan masuk ke Hospital Sarikei dimana MDS akan mendirikan lampu isyarat di persimpangan masuk ke hospital Sarikei, Jalan Rentap. Beliau memberitahu pelaksanaan projek ini adalah dibiayai oleh Kerajaan Negeri di bawah peruntukkan RMK12 dan dilaksanakan oleh MDS. Projek ini akan mengambil masa tiga (3) bulan dan dijangka akan siap pada November 2023. Beliau berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana meluluskan peruntukan dan juga kepada YB Dato’ Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim merangkap Ahli Parlimen P.208 Sarikei dan ADUN N.45 Repok atas usaha berterusan membantu dalam menyuarakan keluhan rakyat akar umbi. Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya bersabar dan memberikan kerjasama kepada pihak kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembinaan dengan mematuhi tanda amaran yang didirikan serta sentiasa mengamalkan pemanduan secara berhemah. Beliau berharap dengan siapnya lampu isyarat in nanti akan memberikan keselesaan kepada orang ramai yang melalui jalan tersebut khasnya mereka yang hendak keluar ke arah taman susur jambu dimana pada masa ini terpaksa melakukan pusingan "U" di lampu isyarat di hadapan Stesen Petronas Jalan Tiong Soon Height/ Jalan Langsat. Turut hadir bersama Kr. Misiah binti Abu Seman, Timbalan Pengerusi MDS, En. Sait Enggang, Setiausaha MDS, En. Bobari Bilong Nelson, Jurutera MDS, Kr. Gilbert Wong selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Awam, Kawalan Bangunan & Pengurusan Lalu Lintas, Ahli-Ahli Majlis dan kakitangan-kakitangan MDS.
Press Release, 01 August 2023
ISNIN, 31 JULAI 2023 - SARIKEI: MDS telah melakukan tinjauan ke atas masalah sistem perparitan di pusat bandar dan hasil tinjauan mereka mendapati punca sistem perparitan tersumbat dan air bertakung adalah disebabkan longgokan sampah sarap yang dibuang ke dalam parit. Pengerusi Majlis bersama pegawai dari Bahagian Kejuruteraan dan Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar telah turun padang untuk meninjau sendiri keadaan parit tersebut dan kerja-kerja pembersihan yang dijalankan. MDS memohon kerjasama orang ramai supaya tidak membuang sampah ataupun sisa makanan ke dalam parit agar dapat mengurangkan masalah parit tersumbat demi kesihatan dan keselesaan semua.