picture

 

Sejarah


 

Majlis Daerah Sarikei telah ditubuhkan pada 1 Januari 1955 di bawah Ordinan Pihak BerKuasa Tempatan, 1948.

Mempunyai keluasan kawasan 1715.5 km persegi sebelum persempadanan semula (MMKN Seksyen 3, Administrative Area Ordinance Cap.34).

Persempadanan semula Bahagian SIbu dan Sarikei bagi membentuk Bahagian Mukah pada 1 Mac 2002.

Keluasan Daerah Sarikei adalah 985 km persegi. (Bandar Sarikei, Selalang, Sare, Kim San, Ulu Sarikei, Sg. Rusa, Peninjau, Minah/Bulat, Meruton/Baji, Sg. Paoh, Pasi Sellidap, Jakar dan Bukit Kinyau).

Bilangan penduduk mengikut anggaran tahun 2020 (Statistik Jabatan Perangkaan 2020) ialah lebih kurang 67,400 orang. Kawasan yang paling padat dengan penduduk ialah kawasan bandar Sarikei sendiri dan pertambahan penduduk di kawasan ini dijangka meningkat apabila jalanraya yang menghubungi kawasan perindustrian Tanjung Manis dan lain-lain daerah disiapkan sepenuhnya nanti.