picture

Kumpulan Inovatif Dan Kreatif

 

Kumpulan Inovatif dan Kreatif


  PENGENALAN
  Selaras dengan visi dan aspirasi Kerajaan Negeri Sarawak iaitu "A World Class Civil Service" demi memberi perkhidmatan yang efisen dan efektif, Majlis Daerah Sarikei melalui Jawatankuasa Transformasi dan Inovasi telah memperkenalkan budaya kerja baru iaitu Pasukan Berprestasi Tinggi (HPT) dikalangan kakitangannya untuk memastikan sistem penyampaian Perkhidmatan Berkualiti PBT. Justeru itu, inisiatif KIK merupakan salah satu aktiviti yang amat relevan untuk mewujudkan pasukan-pasukan berprestasi tinggi bukan sahaja di peringkat Majlis Daerah Sarikei malah di peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat negeri dan kebangsaan disamping menjadi rujukan oleh PBT lain.

Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) merupakan satu kumpulan yang ditubuhkan dan terdiri dari pelbagai peringkat gred jawatan dan bahagian mengenalpasti, menganalisis dan mencari penyelesaian kepada masalah yang dikenalpasti melalui penjanaan idea yang kreatif serta penemuan inovasi yang baru yang dapat menjimatkan masa, kos dan tenaga kerja. 

Pasukan KIK  di Majlis Daerah Sarikei ini berperanan sebagai satu Pasukan Berprestasi Tinggi (HPT) di peringkat majlis yang menjadi "think tank" ke atas sesuatu penemuan masalah sekaligus mencari penyelesaiannya.

  OBJEKTIF PENUBUHAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF
Menyemai dan memupuk budaya kerja berkualiti bagi meningkatkan prestasi sistem penyampaian perkhidmatan
Keupayaan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikenal pasti melalui projek KIK yang berpotensi
Menggalakkan kakitangan untuk menghasilkan idea-idea yang inovatif dan kreatif
Melahirkan kumpulan atau kakitangan berpotensi tinggi (HPT) dengan menyemai dan menerapkan nilai etika kerja positif
Menyemai dan memupuk semangat kerja berpasukan, komitmen serta penglibatan semua ahli pasukan
Mewujudkan hubungan yang harmoni di antara pihak pengurusan dan kakitangan khasnya ahli-ahli kumpulan KIK

  KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF MAJLIS DAERAH SARIKEI
  Kumpulan Inovatif dan Kreatif Majlis Daerah Sarikei telah mula bergiat aktif sejak tahun 2019 dan 3 kumpulan telah ditubuhkan :
 1)  VISION 6
 2)  INVENTO 
3)  TR EVOLUTION