picture

 

Pertandingan Anugerah "Toilet of The Year" Tahun 2024


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) sekali lagi akan menganjurkan Pertandingan Toilet of The Year Award 2024 (TOTYA‘24). Pertandingan ini diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap betapa pentingnya menjaga kebersihan tandas serta memberikan pengiktirafan kepada tandas-tandas awam milik PBT dan swasta dalam usaha mereka menyediakan tandas bertaraf Bersih, Menawan dan Wangi (BMW).

Terdapat 7 kategori yang dipertandingkan bagi Pertandingan TOTYA’24 iaitu:

i. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
ii. Sekolah;
iii. Hotel;
iv. Restoran;
v. Konsesi Lebuhraya bagi Kawasan R&R;
vi. Stesen Minyak dan;
vii. Pusat Beli Belah

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 01 April 2024. Bersama-sama ini disertakan pautan berkaitan Pertandingan TOTYA‘24 untuk maklumat lanjut. (Syarat-syarat penyertaan, kaedah penghantaran beserta borang penyertaan.)

https://jkt.kpkt.gov.my/.../penyertaan-anugerah-toilet...

Jom! Hantar penyertaan anda sekarang.