Fungsi Kami
FUNGSI DAN PERANAN MAJLIS DAERAH SARIKEI
▷ BAHAGIAN PENTADBIRAN
-
Pentadbiran am dan perkhidmatan sokongan kepada semua fungsi utama Majlis dengan peneraju kepada pengurusan dan pelaksanaan program kualiti dan penambahbaikan yang berterusan untuk mencapai pembangunan strategik yang akan dilaksanakan.
-
Menguruskan sistem fail dan surat-menyurat.
-
Menguruskan perjawatan.
-
Mengurus permohonan program Kemiskinan.
-
Dan lain-lain pentadbiran.
▷ SEKSYEN KEWANGAN
-
Pengurusan kewangan Majlis melalui kutipan hasil dan perakaunan dengan mengadakan kaunter kutipan cukai pintu, pelbagai lesen dan bil di bawah Sistem Bayaran Bil Setempat (SBBS).
-
Menguruskan bayaran gaji dan elaun kakitangan.
-
Menguruskan caruman pencen, KWSP dan lain-lain untuk kakitangan.
-
Menyediakan anggaran belanjawan tahunan.
-
Menyediakan penyata kira-kira kewangan bulanan dan tahunan.
▷ BAHAGIAN KEJURUTERAAN
-
Membuat perancangan pembangunan strategik untuk menyediakan projek-projek pembangunan.
-
Mengawal perancangan bandar dengan menyemak, meluluskan pelan-pelan bangunan, sivil dan kejuruteraan melalui Prosedur Kawalan Bangunan.
-
Menyediakan, menyelenggara, meningkatkan, membangun dan mengindahkan kawasan dengan kerja-kerja landskap di kawasan jagaan Majlis.
⇝ Membangunkan taman awam yang baru, kawasan lapang, taman-taman rekreasi dan kawasan landskap. -
Pembangunan dan penyelenggaraan kemudahan awam dan infrastruktur, sukan dan rekreasi dan rumah rehat.
▷ BAHAGIAN KESIHATAN DAN PERKHIDMATAN BANDAR
-
Menyelenggara dan mempertingkatkan tahap kebersihan awam.
⇝ Kawalan mutu makanan, pengurusan pasar / gerai / penjaja / rumah, pengurusan sisa pepejal, pengurusan sistem pembentungan, pembersihan sampah-sarap, pembersihan parit pasar, rumah penyembelihan Majlis dan pemantauan kebersihan tandas awam. -
Bertanggungjawab terhadap kawalan vektor seperti denggi, malaria dan anjing liar.
-
Memproses permohonan pelbagai lesen perdagangan.
-
Kawalan mutu dan keselamatan makanan.
⇝ Pemeriksaan dan penggredan premis makanan.
⇝ Mengeluarkan lesen perniagaan makanan.
▷ BAHAGIAN PENGUATKUASAAN
-
Melaksana dan menguatkuasa Ordinan Majlis, Undang-Undang Dasar, Undang-Undang Kecil dan Arahan Kerajaan di kawasan jagaan Majlis.
-
Pemprosesan permohonan untuk kain rentang, permit pengiklanan dan banting, serta permit sementara untuk tempat awam.
▷ SEKSYEN PERPUSTAKAAN
-
Pengurusan dan pembangunan sumber-sumber ilmu dengan penyediaan pusat rujukan (perpustakaan) yang selesa serta perkhidmatan perpustakaan bergerak dan E-Pustaka yang dilengkapi dengan teknologi ICT terkini untuk kemudahan orang awam.
-
Menguruskan permohonan untuk menjadi ahli perpustakaan.
-
Memproses dan menyediakan buku-buku perpustakaan serta pelbagai bahan bacaan.
