Lawatan Sambil Belajar Ahli-Ahli Majlis Ke Majlis Perbandaran Manjung (MPM)

Posted on 09 May 2024
Source of News: MDS

Rabu, 24 April 2024, 2:30 petang – Majlis Daerah Sarikei (MDS) telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Majlis Perbandaran Manjung (MPM) diketuai oleh Pengerusi Majlis, Kr. Wong Zee Yeng, Setiausaha Majlis, En. Sait Enggang serta 16 orang Ahli Majlis dan 7 orang kakitangan MDS. 
 
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengurusan lesen premis digital mypatil serta best practices khidmat pengurusan MPM. Majlis juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh warga kerja MPM atas kejayaan sebagai PBT Perbandaran Terbaik pada Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan pada 11-12 Mac 2023 yang lalu.
 
Setinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia En. Mohd Helmi bin Ariffin, Setiausaha Perbandaran MPM, Puan Noohayati binti Abdul Rahim, Pengarah Kanan Jabatan Khidmat Pengurusan, En. Mohd Sharil b Salihin, Pengarah Jabatan Perlesenan dan Penguatkuasaan, En. Nafees bin Hashim, Pengarah Jabatan Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam, Ahli-ahli Majlis dan ketua – ketua Jabatan yang turut sama hadir ketika sesi perkongsian dijalankan.
 
Semasa sesi perkongsian dijalankan, Ahli – Ahli Majlis MPM juga turut bertukar pandangan perihal pengurusan di Daerah Sarikei dan delegasi Majlis turut dijemput ke lawatan tapak / premis perniagaan di mana tatacara penggunaan sistem myPatil secara hands-on di lapangan dibuat dari awal hingga proses pengeluaran lesen/kompaun.