Lawatan Sambil Belajar Ahli-Ahli Majlis Ke Majlis Daerah Kampar (MDKpr)
Posted on 09 May 2024
Source of News: MDS
Rabu, 24 April 2024, 8:30 pagi – Majlis Daerah Sarikei (MDS) telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar Ke Majlis Daerah Kampar (MDKpr) diketuai oleh Pengerusi Majlis, Kr. Wong Zee Yeng, Setiausaha Majlis, En. Sait Enggang serta 16 orang Ahli Majlis dan 7 orang kakitangan MDS.
Majlis merangkapkan setinggi penghargaan kepada Tuan Ahmad Suqairy bin Alias, YDP MDKpr, Puan Siti Azura Binti Haji Juki, Setiausaha Majlis serta barisan Ketua – Ketua Jabatan MDKpr kerana telah menerima delegasi dri MD Sarikei dengan begitu mesra dan dengan tangan terbuka. Tujuan lawatan Majlis ke MDKpr adalah untuk mempelajari sistem pengurusan sisa pepejal dan tapak pelupusan secara terbuka menggunakan sistem IWWB (Integrated Waste with Bridge). Majlis berhasrat untuk menimba ilmu daripada pihak MDKpr dalam usaha Majlis untuk meningkatkan perkhidmatan perbandaran yang lebih cekap dan berkesan dalam pengurusan sisa pepejal dan tapak pelupusan dimana ia merupakan perkhidmatan teras dalam sesebuah Majlis.
MDKpr telah turut menjemput delegasi Majlis untuk melawat Tapak Pengurusan Pelupusan Sampah MDKpr dan melihat pengoperasian serta ke Tapak Penghasilan Kompos MDKpr dan Lorong Ilham Seni@Kampar.
Pengerusi Majlis, Kr. Wong Zee Yeng dlm ucapan beliau berharap lawatan yang diadakan ini dapat memberi input yang bermanfaat dan ilmu pengetahuan yang baharu kepada ahli rombongan meskipun ada perbezaan bidang kuasa berbanding dengan Pihak Berkuasa Tempatan di Sarawak.