picture

News

 

MD Sarikei Lakar Kejayaan dalam Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Sarawak (AKPANS)

Posted on 15 Feb 2024
Source of News: MEDIAS
KHAMIS, 8 FEB 2024: Majlis Daerah Sarikei melakar sejarah dan kejayaan apabila buat julung kalinya menerima Anugerah Emas bagi Kategori Pihak Berkuasa Tempatan Sarawak bagi Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Sarawak (AKPANS).
 
Anugerah disampaikan sempena Hari Perkhidmatan Awam Sarawak 2024 bertempat di Pusat Konvensyen Borneo (BCCK), Kuching pada 7 Februari 2024 (Rabu) yang mana Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Hj Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Hj Openg.
 
Bagi Kategori Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebanyak enam(6) buah PBT telah terpilih ke peringkat akhir (finalis). Anugerah Perak dimenangi oleh Majlis Perbandaran Padawan dan Anugerah Gangsa dimenangi oleh Majlis Daerah Lundu.