Lawatan Sambil Belajar Ahli-Ahli Majlis Ke Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP)

Posted on 09 May 2024
Source of News: MDS

Selasa, 22 April 2024, 9:00 pagi– Majlis Daerah Sarikei (MDS) telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar Ke Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) diketuai oleh Pengerusi Majlis, Kr. Wong Zee Yeng, Setiausaha Majlis, En. Sait Enggang serta 16 orang Ahli Majlis dan 7 orang kakitangan MDS. 
 
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mempelajari tentang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pengurusan Tapak Pelupusan Bersepadu dan Kitar Semula di kawasan seliaan MBSP. Selepas sesi perkongsian, MBSP turut menjemput delegasi Majlis untuk melawat Upcyle Park dan Tapak Pelupusan Sampah milik MBSP. Melalui sesi perkongsian tersebut, Majlis turut bertukar pandangan dan idea untuk mengenal pasti cara pengurusan tapak pelupusan yang lebih efektif di Daerah Sarikei. MBSP juga turut berkongsi perjalanan menangani fenomena pembuangan sampah haram menggunakan sistem / projek Watch U.
 
Majlis ingin mengucapkan penghargaan kepada Majlis Bandaraya Seberang Perai khususnya Ybhg. Dato’, Dato' Azhar B. Hj Arshad, Datuk Bandar MBSP, Yang Berusaha YDP En Mohd Naim Bin Mohd Ali, Penolong Pengarah Kanan, En Mohd Hafizi Bin Samsuari, Penolong Pengarah, Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua-ketua Unit atas kesudian menerima rombongan MD Sarikei dan berharap semoga lawatan ini merupakan titik permulaan terjalinnya hubungan yang erat antara dua buah PBT. Tidak lupa juga kepada syarikat Greenviro Solutions yang telah membentangkan projek Integrated Solid Waste Management Center (ISWMS) At Ampang Jajar di tapak pelupusan MBSP.