Laman Sesawang Rasmi Majlis Daerah Sarikei
Press Release, 15 February 2024
KHAMIS, 8 FEB 2024: Majlis Daerah Sarikei melakar sejarah dan kejayaan apabila buat julung kalinya menerima Anugerah Emas bagi Kategori Pihak Berkuasa Tempatan Sarawak bagi Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Sarawak (AKPANS). Anugerah disampaikan sempena Hari Perkhidmatan Awam Sarawak 2024 bertempat di Pusat Konvensyen Borneo (BCCK), Kuching pada 7 Februari 2024 (Rabu) yang mana Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Hj Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Hj Openg. Bagi Kategori Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebanyak enam(6) buah PBT telah terpilih ke peringkat akhir (finalis). Anugerah Perak dimenangi oleh Majlis Perbandaran Padawan dan Anugerah Gangsa dimenangi oleh Majlis Daerah Lundu.
Press Release, 08 February 2024
Selasa, 6 Februari 2024 – Sarikei: Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah menjalankan sesi Penilaian Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) Tahun 2024 bagi Majlis Daerah Sarikei iaitu bagi indikator-indikator yang telah ditetapkan. Penilaian SPB-PBT adalah berdasarkan empat(4) kriteria utama seperti berikut yang merangkumi sebanyak 244 indikator/sub-indikator berkaitan seperti berikut: 1. Pengurusan (20%); 2. Perkhidmatan-perkhidmatan Teras (55%); 3. Pengurusan Pelanggan (10%); dan 4. Penyertaan Komuniti dan Pandangan Penduduk (15%). Antara lain objektif dan tujuan penilaian SPB-PBT adalah untuk: i. Menilai tahap penyampaian perkhidmatan PBT kepada rakyat, pelanggan dan pemegang taruh (stakeholders) melalui satu sistem penilaian yang seragam; ii. Menempatkan PBT pada tahap kedudukan yang sesuai (1 – 5 Bintang) berdasarkan markah penilaian; atau pematuhan indikator-indikator yang ditetapkan dan iii. Mewujudkan budaya kecemerlangan berteraskan prestasi melalui persaingan sihat di kalangan PBT. Penilaian SPB-PBT telah dilaksanakan oleh Pasukan Inspektorat dan Audit dari KPKT yang diketuai oleh Ybhg. En. Mohammad Khatib @ Fazri bin Amran, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pemantauan Pelaksanaan Dasar, JKT dan 5 ahli panel yang lain. Pengerusi Majlis, Ybhg. Kr. Wong Zee Yeng turut hadir semasa sesi penilaian, yakin dan berharap Majlis Daerah Sarikei bukan sahaja dapat mengekalkan pencapaian 5 bintang (wajaran markah: 90.80%) pada tahun lepas malah peratusan markah turut meningkat. Beliau menyatakan sistem penarafan bintang ini sangat bermakna supaya Majlis dapat melihat sendiri tahap prestasi dan kedudukan mereka berbanding dengan PBT seluruh Malaysia, khasnya di Sarawak supaya sentiasa meningkatkan usaha ke arah penyampian perkhidmatan yang berkualiti dan memenuhi jangkaan masyarakat. Turut hadir bersama, Timbalan Pengerusi Majlis, Kr Misiah Binti Abu Seman, Setiausaha Majlis, En. Sait Enggang, Pengerusi Jawatankusa Tetap Tujuan Am, Sosial dan Pembangunan Komuniti, Kr Iskandar Bin Naziri, Penolong Setiausaha, Cik Susanna Ubong selaku penyelaras Penilaian SPT-PBT dan semua Ketua Bahagian dan Ketua Seksyen, MD Sarikei.
Press Release, 08 February 2024
SELASA, 6 FEB 2024 – SARIKEI: Bandar Sejahtera bukan sekadar dinilai dengan kepesatan pembangunan dan ekonomi semata-mata, sebaliknya nilai bandar mampan menjurus kepada keperluan sosial penduduk menerusi pembinaan taman awam sebagai tempat rekreasi dan beriadah bersama keluarga. Justeru itu MDS telah membangunkan sebuah taman awam berkonsepkan perpaduan dengan menonjolkan keunikan & kepelbagaian kaum dalam rekaan gazebo yang mampu menjadi tarikan terbaru selain mempromosi perpaduan dalam kepelbagaian. Dalam pada itu MDS berharap agar orang ramai yang mengunjungi taman awam ini supaya sentiasa menjaga kebersihan dan tidak melakukan vandalisme agar kemudahan yang di sediakan selamat dan selesa untuk digunakan. Majlis Perasmian Perhiasan Tahun Baru Cina 2024 di Taman Awam, Jalan Nenas telah disempurnakan oleh Encik Andrew Wong Pak Ung yang mewakili Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri Repok, Datuk Sri Huang Tiong Sii. Turut hadir ialah Pengerusi MDS, Kaunselor Wong Zee Yeng, Timbalan Pengerusi MDS, Kaunselor Misiah Abu Seman, Pemanca Chan Phan Chan, Ahli-Ahli Majlis, Ketua-Ketua Masyarakat Kaum Cina dan beberapa kakitangan MDS.
Press Release, 05 February 2024
4 FEB 2024, SARIKEI: Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal dan Elektronik (BEE) merupakan salah satu program kesedaran pengurusan sisa yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Sarikei (MDS) setiap tahun. Timbalan Pengerusi MDS, Kaunselor Misiah Abu Seman berkata, ia adalah inisiatif yang memberi kesedaran kepada masyarakat setempat mengenai pentingnya penjagaan alam sekitar dan pengurusan sampah yang baik dan betul. “Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya sisa elektrik dan elektronik kepada alam sekitar. “Ia juga bertujuan untuk mempromosikan kaedah pengendalian dan pelupusan sisa elektrik dan elekronik yang selamat dan mesra alam kepada masyarakat setempat. “Kempen ini juga merupakan seruan kepada rakyat untuk bersama rakyat, bersama-sama bertanggungjawab memastikan kelestarian alam sekitar di Sarawak,” katanya. Beliau berkata demikian ketika pada kempen BEE di pekarangan MDS, semalam. Misiah berkata objektif lain kempen tersebut adalah bagi mempromosikan aktiviti berkaitan dengan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar di kawasan pentadbiran MDS dan meningkatkan pematuhan kepada amalan hijau seperti tiada penggunaan straw plastik, beg plastik dan styrofoam.
Press Release, 18 January 2024
Khamis, 18 Januari 2024 – Sarikei: Pengerusi Jawatankuasa Kerja Awam, Kawalan Bangunan dan Pengurusan Trafik, Kr. Gilbert Wong Sii Chung turun padang untuk melihat sendiri aduan dan permintaan orang ramai untuk membaiki Expansion Joint yang rosak di Jambatan Sungai Sarikei, Jalan Baji/Sentebu. Hasil daripada tinjauan tersebut, pihak Majlis akan mengambil tindakan sewajarnya iaitu membuat proses perolehan kerja untuk membaiki Expansion Joint yang didapati dalam keadaan yang agak uzur. Sementara itu, pihak MDS turut mengingatkan orang ramai yang menggunakan jambatan tersebut supaya sentiasa berhati-hati dan berwaspada. Turut bersama beliau semasa tinjauan adalah Kr. Iskandar Naziri, Kr. Ling Chai Yun, Kr. Joan Chan dan Jurutera MDS. Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali.