Selasa, 6 Februari 2024 – Sarikei: Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah menjalankan sesi Penilaian Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) Tahun 2024 bagi Majlis Daerah Sarikei iaitu bagi indikator-indikator yang telah ditetapkan.
Penilaian SPB-PBT adalah berdasarkan empat(4) kriteria utama seperti berikut yang merangkumi sebanyak 244 indikator/sub-indikator berkaitan seperti berikut:
1. Pengurusan (20%);
2. Perkhidmatan-perkhidmatan Teras (55%);
3. Pengurusan Pelanggan (10%); dan
4. Penyertaan Komuniti dan Pandangan Penduduk (15%).
Antara lain objektif dan tujuan penilaian SPB-PBT adalah untuk:
i. Menilai tahap penyampaian perkhidmatan PBT kepada rakyat, pelanggan dan pemegang taruh (stakeholders) melalui satu sistem penilaian yang seragam;
ii. Menempatkan PBT pada tahap kedudukan yang sesuai (1 – 5 Bintang) berdasarkan markah penilaian; atau pematuhan indikator-indikator yang ditetapkan dan
iii. Mewujudkan budaya kecemerlangan berteraskan prestasi melalui persaingan sihat di kalangan PBT.
Penilaian SPB-PBT telah dilaksanakan oleh Pasukan Inspektorat dan Audit dari KPKT yang diketuai oleh Ybhg. En. Mohammad Khatib @ Fazri bin Amran, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pemantauan Pelaksanaan Dasar, JKT dan 5 ahli panel yang lain.
Pengerusi Majlis, Ybhg. Kr. Wong Zee Yeng turut hadir semasa sesi penilaian, yakin dan berharap Majlis Daerah Sarikei bukan sahaja dapat mengekalkan pencapaian 5 bintang (wajaran markah: 90.80%) pada tahun lepas malah peratusan markah turut meningkat. Beliau menyatakan sistem penarafan bintang ini sangat bermakna supaya Majlis dapat melihat sendiri tahap prestasi dan kedudukan mereka berbanding dengan PBT seluruh Malaysia, khasnya di Sarawak supaya sentiasa meningkatkan usaha ke arah penyampian perkhidmatan yang berkualiti dan memenuhi jangkaan masyarakat.
Turut hadir bersama, Timbalan Pengerusi Majlis, Kr Misiah Binti Abu Seman, Setiausaha Majlis, En. Sait Enggang, Pengerusi Jawatankusa Tetap Tujuan Am, Sosial dan Pembangunan Komuniti, Kr Iskandar Bin Naziri, Penolong Setiausaha, Cik Susanna Ubong selaku penyelaras Penilaian SPT-PBT dan semua Ketua Bahagian dan Ketua Seksyen, MD Sarikei.