Majlis Perasmian Perhiasan Tahun Baru Cina 2024 di Taman Awam, Jalan Nenas
Posted on 08 Feb 2024
Source of News: MEDIAS
SELASA, 6 FEB 2024 – SARIKEI: Bandar Sejahtera bukan sekadar dinilai dengan kepesatan pembangunan dan ekonomi semata-mata, sebaliknya nilai bandar mampan menjurus kepada keperluan sosial penduduk menerusi pembinaan taman awam sebagai tempat rekreasi dan beriadah bersama keluarga.
Justeru itu MDS telah membangunkan sebuah taman awam berkonsepkan perpaduan dengan menonjolkan keunikan & kepelbagaian kaum dalam rekaan gazebo yang mampu menjadi tarikan terbaru selain mempromosi perpaduan dalam kepelbagaian.
Dalam pada itu MDS berharap agar orang ramai yang mengunjungi taman awam ini supaya sentiasa menjaga kebersihan dan tidak melakukan vandalisme agar kemudahan yang di sediakan selamat dan selesa untuk digunakan.
Majlis Perasmian Perhiasan Tahun Baru Cina 2024 di Taman Awam, Jalan Nenas telah disempurnakan oleh Encik Andrew Wong Pak Ung yang mewakili Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri Repok, Datuk Sri Huang Tiong Sii.
Turut hadir ialah Pengerusi MDS, Kaunselor Wong Zee Yeng, Timbalan Pengerusi MDS, Kaunselor Misiah Abu Seman, Pemanca Chan Phan Chan, Ahli-Ahli Majlis, Ketua-Ketua Masyarakat Kaum Cina dan beberapa kakitangan MDS.