MDS Turun Padang Melihat Keperluan Awam

Posted on 18 Jan 2024
Source of News: MEDIAS
Khamis, 18 Januari 2024 – Sarikei: Pengerusi Jawatankuasa Kerja Awam, Kawalan Bangunan dan Pengurusan Trafik, Kr. Gilbert Wong Sii Chung turun padang untuk melihat sendiri aduan dan permintaan orang ramai untuk membaiki Expansion Joint yang rosak di Jambatan Sungai Sarikei, Jalan Baji/Sentebu.
 
Hasil daripada tinjauan tersebut, pihak Majlis akan mengambil tindakan sewajarnya iaitu membuat proses perolehan kerja untuk membaiki Expansion Joint yang didapati dalam keadaan yang agak uzur. Sementara itu, pihak MDS turut mengingatkan orang ramai yang menggunakan jambatan tersebut supaya sentiasa berhati-hati dan berwaspada.
 
Turut bersama beliau semasa tinjauan adalah Kr. Iskandar Naziri, Kr. Ling Chai Yun, Kr. Joan Chan dan Jurutera MDS. Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali.