picture

News

 

Buang Sisa Elektrik, Elektronik Dengan Sempurna

Posted on 05 Feb 2024
Source of News: Utusan Sarawak (Facebook)


4 FEB 2024, SARIKEI: Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal dan Elektronik (BEE) merupakan salah satu program kesedaran pengurusan sisa yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Sarikei (MDS) setiap tahun.
Timbalan Pengerusi MDS, Kaunselor Misiah Abu Seman berkata, ia adalah inisiatif yang memberi kesedaran kepada masyarakat setempat mengenai pentingnya penjagaan alam sekitar dan pengurusan sampah yang baik dan betul.
“Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya sisa elektrik dan elektronik kepada alam sekitar.
“Ia juga bertujuan untuk mempromosikan kaedah pengendalian dan pelupusan sisa elektrik dan elekronik yang selamat dan mesra alam kepada masyarakat setempat.
“Kempen ini juga merupakan seruan kepada rakyat untuk bersama rakyat, bersama-sama bertanggungjawab memastikan kelestarian alam sekitar di Sarawak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika pada kempen BEE di pekarangan MDS, semalam.
Misiah berkata objektif lain kempen tersebut adalah bagi mempromosikan aktiviti berkaitan dengan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar di kawasan pentadbiran MDS dan meningkatkan pematuhan kepada amalan hijau seperti tiada penggunaan straw plastik, beg plastik dan styrofoam.