CHINESE NEW YEAR SPRING CLEANING CAMPAIGN YEAR 2021
Kepada : Semua Penduduk-Penduduk Yang Menyambut Perayaan Tahun Baru Cina di Daerah Sarikei
Tuan/puan,
Kempen “Spring Cleaning” Sempena Tahun Baru Cina Tahun 2021.
1. Perayaan Tahun Baru Cina semakin hampir dan kemungkinan tuan/puan telah pun bersedia untuk menyambutnya dengan membuat persiapan terutama sekali membersih dan mengemas rumah serta membuang barang-barang yang tidak digunakan lagi seperti perabot lama, barang-barang yang usang , peralatan dapur yang telah rosak, dan lain-lain lagi.
2. Sehubungan itu, pihak Majlis telah melantik kontraktor untuk menyediakan lori untuk mengangkut dan membuang barang-barang tersebut mengikut jadual seperti di Lampiran A (Klik Di Sini Untuk Paparan)
3. Kerjasama tuan/puan untuk menolong memunggah barang buangan tersebut ke dalam lori sangatlah diharapkan. Dahan pokok, bahan binaan seperti konkrit, batu-bata dan sebagainya tidak termasuk dalam kempen ini. Kerjasama tuan/puan amatlah dihargai dan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2021.