Sikap Tidak Bertanggungjawab Mencemarkan Imej Kawasan Kita
Disiarkan pada 25 Feb 2026
Sumber Berita: Majlis Daerah Sarikei
SARIKEI - 25 Februari 2026 (Rabu)
Amat mendukacitakan apabila masih ada segelintir pihak yang membuang dan membiarkan sampah bertaburan di tepi jalan dan lokasi awam tanpa pengurusan yang sewajarnya dan tanpa rasa bersalah!
Perbuatan ini bukan sahaja mencemarkan kebersihan persekitaran, malah boleh mendatangkan risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya serta menyumbang kepada masalah longkang tersumbat yang berpotensi menyebabkan banjir kilat.
Kemudahan tong sampah telah disediakan. Namun, jika sikap sambil lewa terus diamalkan, usaha menjaga kebersihan akan menjadi sia-sia.
- Orang awam perlu lebih bertanggungjawab.
- Buanglah sampah sendiri ke dalam tong sampah yang disediakan.
- Jangan jadikan tepi jalan sebagai tempat pelupusan tidak rasmi.
Kebersihan bukan hanya tanggungjawab pihak berkuasa, tetapi tanggungjawab kita bersama sebagai komuniti. Semua penduduk dan penganjur sambutan dinasihatkan supaya memastikan sisa perayaan dibersihkan serta dilupuskan ke dalam tong sampah atau kemudahan pelupusan yang disediakan sebaik sahaja selesai aktiviti.
Majlis akan mempergiatkan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan di bawah undang-undang kecil berkaitan kebersihan awam terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.
#EmpoweringCommunity
#MajlisDaerahSarikeiDiHatiku
#PembangunanLestariKomunitiSejahtera
