Siaran Akhbar, 15 February 2024
KHAMIS, 8 FEB 2024: Majlis Daerah Sarikei melakar sejarah dan kejayaan apabila buat julung kalinya menerima Anugerah Emas bagi Kategori Pihak Berkuasa Tempatan Sarawak bagi Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Sarawak (AKPANS). Anugerah disampaikan sempena Hari Perkhidmatan Awam Sarawak 2024 bertempat di Pusat Konvensyen Borneo (BCCK), Kuching pada 7 Februari 2024 (Rabu) yang mana Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Hj Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Hj Openg. Bagi Kategori Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebanyak enam(6) buah PBT telah terpilih ke peringkat akhir (finalis). Anugerah Perak dimenangi oleh Majlis Perbandaran Padawan dan Anugerah Gangsa dimenangi oleh Majlis Daerah Lundu.
Siaran Akhbar, 09 May 2024
Rabu, 24 April 2024, 8:30 pagi – Majlis Daerah Sarikei (MDS) telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar Ke Majlis Daerah Kampar (MDKpr) diketuai oleh Pengerusi Majlis, Kr. Wong Zee Yeng, Setiausaha Majlis, En. Sait Enggang serta 16 orang Ahli Majlis dan 7 orang kakitangan MDS. Majlis merangkapkan setinggi penghargaan kepada Tuan Ahmad Suqairy bin Alias, YDP MDKpr, Puan Siti Azura Binti Haji Juki, Setiausaha Majlis serta barisan Ketua – Ketua Jabatan MDKpr kerana telah menerima delegasi dri MD Sarikei dengan begitu mesra dan dengan tangan terbuka. Tujuan lawatan Majlis ke MDKpr adalah untuk mempelajari sistem pengurusan sisa pepejal dan tapak pelupusan secara terbuka menggunakan sistem IWWB (Integrated Waste with Bridge). Majlis berhasrat untuk menimba ilmu daripada pihak MDKpr dalam usaha Majlis untuk meningkatkan perkhidmatan perbandaran yang lebih cekap dan berkesan dalam pengurusan sisa pepejal dan tapak pelupusan dimana ia merupakan perkhidmatan teras dalam sesebuah Majlis. MDKpr telah turut menjemput delegasi Majlis untuk melawat Tapak Pengurusan Pelupusan Sampah MDKpr dan melihat pengoperasian serta ke Tapak Penghasilan Kompos MDKpr dan Lorong Ilham Seni@Kampar. Pengerusi Majlis, Kr. Wong Zee Yeng dlm ucapan beliau berharap lawatan yang diadakan ini dapat memberi input yang bermanfaat dan ilmu pengetahuan yang baharu kepada ahli rombongan meskipun ada perbezaan bidang kuasa berbanding dengan Pihak Berkuasa Tempatan di Sarawak.
Siaran Akhbar, 17 March 2025
Perhimpunan Bulanan Majlis Daerah Sarikei (MDS) bagi suku tahun pertama 2025 telah diadakan pada 12 Mac 2025 bertempat di Dewan Majlis Daerah Sarikei. Perhimpunan yang dihadiri oleh semua warga kerja MDS ini merupakan salah satu "avenue" pertemuan bagi Puan Lolita Jaime Nicholas, Setiausaha MDS untuk bersama-sama warga kerja MDS. Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu "Negaraku" dan "Ibu Pertiwiku" disusuli dengan lafaz Ikrar Integriti yang diketuai oleh En. Philip Gira anak Tinggai, Penolong Pegawai Penguatkuasa MDS. Setiausaha MDS dalam amanatnya telah mengingatkan semua warga kerja MDS untuk sentiasa menjunjung integriti, memupuk semangat kerja berpasukan, mengamalkan perbelanjaan berhemah dan proaktif dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Siaran Akhbar, 17 October 2025
Siaran Akhbar, 09 January 2026