Siaran Akhbar, 25 February 2026
SARIKEI - 25 Februari 2026 (Rabu) Amat mendukacitakan apabila masih ada segelintir pihak yang membuang dan membiarkan sampah bertaburan di tepi jalan dan lokasi awam tanpa pengurusan yang sewajarnya dan tanpa rasa bersalah! Perbuatan ini bukan sahaja mencemarkan kebersihan persekitaran, malah boleh mendatangkan risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya serta menyumbang kepada masalah longkang tersumbat yang berpotensi menyebabkan banjir kilat. Kemudahan tong sampah telah disediakan. Namun, jika sikap sambil lewa terus diamalkan, usaha menjaga kebersihan akan menjadi sia-sia. Orang awam perlu lebih bertanggungjawab. Buanglah sampah sendiri ke dalam tong sampah yang disediakan. Jangan jadikan tepi jalan sebagai tempat pelupusan tidak rasmi. Kebersihan bukan hanya tanggungjawab pihak berkuasa, tetapi tanggungjawab kita bersama sebagai komuniti. Semua penduduk dan penganjur sambutan dinasihatkan supaya memastikan sisa perayaan dibersihkan serta dilupuskan ke dalam tong sampah atau kemudahan pelupusan yang disediakan sebaik sahaja selesai aktiviti. Majlis akan mempergiatkan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan di bawah undang-undang kecil berkaitan kebersihan awam terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan. #EmpoweringCommunity #MajlisDaerahSarikeiDiHatiku #PembangunanLestariKomunitiSejahtera
Siaran Akhbar, 15 February 2024
KHAMIS, 8 FEB 2024: Majlis Daerah Sarikei melakar sejarah dan kejayaan apabila buat julung kalinya menerima Anugerah Emas bagi Kategori Pihak Berkuasa Tempatan Sarawak bagi Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Sarawak (AKPANS). Anugerah disampaikan sempena Hari Perkhidmatan Awam Sarawak 2024 bertempat di Pusat Konvensyen Borneo (BCCK), Kuching pada 7 Februari 2024 (Rabu) yang mana Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Hj Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Hj Openg. Bagi Kategori Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebanyak enam(6) buah PBT telah terpilih ke peringkat akhir (finalis). Anugerah Perak dimenangi oleh Majlis Perbandaran Padawan dan Anugerah Gangsa dimenangi oleh Majlis Daerah Lundu.
Siaran Akhbar, 09 May 2024
Rabu, 24 April 2024, 8:30 pagi – Majlis Daerah Sarikei (MDS) telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar Ke Majlis Daerah Kampar (MDKpr) diketuai oleh Pengerusi Majlis, Kr. Wong Zee Yeng, Setiausaha Majlis, En. Sait Enggang serta 16 orang Ahli Majlis dan 7 orang kakitangan MDS. Majlis merangkapkan setinggi penghargaan kepada Tuan Ahmad Suqairy bin Alias, YDP MDKpr, Puan Siti Azura Binti Haji Juki, Setiausaha Majlis serta barisan Ketua – Ketua Jabatan MDKpr kerana telah menerima delegasi dri MD Sarikei dengan begitu mesra dan dengan tangan terbuka. Tujuan lawatan Majlis ke MDKpr adalah untuk mempelajari sistem pengurusan sisa pepejal dan tapak pelupusan secara terbuka menggunakan sistem IWWB (Integrated Waste with Bridge). Majlis berhasrat untuk menimba ilmu daripada pihak MDKpr dalam usaha Majlis untuk meningkatkan perkhidmatan perbandaran yang lebih cekap dan berkesan dalam pengurusan sisa pepejal dan tapak pelupusan dimana ia merupakan perkhidmatan teras dalam sesebuah Majlis. MDKpr telah turut menjemput delegasi Majlis untuk melawat Tapak Pengurusan Pelupusan Sampah MDKpr dan melihat pengoperasian serta ke Tapak Penghasilan Kompos MDKpr dan Lorong Ilham Seni@Kampar. Pengerusi Majlis, Kr. Wong Zee Yeng dlm ucapan beliau berharap lawatan yang diadakan ini dapat memberi input yang bermanfaat dan ilmu pengetahuan yang baharu kepada ahli rombongan meskipun ada perbezaan bidang kuasa berbanding dengan Pihak Berkuasa Tempatan di Sarawak.
Siaran Akhbar, 17 March 2025
Perhimpunan Bulanan Majlis Daerah Sarikei (MDS) bagi suku tahun pertama 2025 telah diadakan pada 12 Mac 2025 bertempat di Dewan Majlis Daerah Sarikei. Perhimpunan yang dihadiri oleh semua warga kerja MDS ini merupakan salah satu "avenue" pertemuan bagi Puan Lolita Jaime Nicholas, Setiausaha MDS untuk bersama-sama warga kerja MDS. Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu "Negaraku" dan "Ibu Pertiwiku" disusuli dengan lafaz Ikrar Integriti yang diketuai oleh En. Philip Gira anak Tinggai, Penolong Pegawai Penguatkuasa MDS. Setiausaha MDS dalam amanatnya telah mengingatkan semua warga kerja MDS untuk sentiasa menjunjung integriti, memupuk semangat kerja berpasukan, mengamalkan perbelanjaan berhemah dan proaktif dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Siaran Akhbar, 17 October 2025
Siaran Akhbar, 02 March 2026
Tahukah anda? Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan melaksanakan Banci Ekonomi 2026 (BE2026). Banci Ekonomi 2026 (BE2026) merupakan banci ke-6 yang dilaksanakan setiap lima tahun sekali sejak tahun 2000. Banci ini bertujuan untuk mengumpul data yang komprehensif meliputi keseluruhan aktiviti ekonomi negara, termasuk sektor perdagangan borong dan runcit. Pelaksanaan BE2026 turut merangkumi pertubuhan perniagaan serta pertubuhan tidak berasaskan keuntungan. Data yang dikumpulkan akan menjadi sumber rujukan penting sebagai nadi ekonomi rakyat dan asas dalam merancang pembangunan negara yang lebih berkesan serta mampan. Untuk maklumat lanjut, sila layari media sosial Facebook Jabatan Perangkaan Malaysia atau akses pautan berikut:- 1. Pengenalan BE2026 2. Pelaksanaan Operasi BE2026 3. Objektif BE2026