Dewan Sentral Sarikei
PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT BAGI SEWAAN DEWAN SENTRAL SARIKEI
BAHAGIAN A: SEWAAN
BAHAGIAN A: SEWAAN
-
Kadar bayaran sewa dan deposit Dewan Sentral Sarikei:
-
Bayaran Sewa : RM1,400.00/hari
-
Deposit (Refundable) : RM900.00/majlis
-
Caj Kebersihan : RM350 / hari
-
Caj Kerja Lebih Masa Pegawai : RM15.00/jam
-
Bayaran hari persiapan sebelum hari majlis (jika ada): RM700.00 Sehari
-
-
Bayaran sewa dan deposit perlu dijelaskan satu (1) hari sebelum tarikh tempahan.
-
Tempahan akan terbatal sekiranya syarat 2 di atas tidak dipatuhi.
-
Majlis BERHAK MEMBATALKAN atau menarik balik kelulusan sekiranya penyewa didapati menyalahgunakan dewan selain daripada tujuan permohonan penggunaan dewan.
-
Program yang berbentuk perhimpunan, konsert, hiburan, ceramah/seminar, perkahwinan, perayaan dan aktiviti kemasyarakatan DIWAJIBKAN mendapat kebenaran daripada agensi-agensi yang berkenaan.
-
Program dan pertunjukan yang dijalankan hendaklah tidak menimbulkan kacau ganggu dan keteteraman awam.
-
Penyewa tidak dibenarkan menjalankan aktiviti memanggang, membakar dan memasak dalam dewan.
-
Penyewa dilarang merosakkan peralatan dan kelengkapan dewan.
-
Penyewa DILARANG menampal/memaku gambar-gambar/poster yang boleh mendatangkan kerosakan pada dinding.
-
Penyewa DILARANG melakukan apa-apa aktiviti yang boleh mencalar, merosakkan lantai dan dinding bangunan.
-
Penyewa dibenarkan menggunakan dewan sehingga jam 12.00 tengah malam sahaja.
-
Majlis tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kemalangan/kecederaan semasa tempoh penyewaan dewan.
-
Penyewa bertanggungjawab sepenuhnya ke atas persiapan tempat (contoh: susun kerusi, meja, pentas dan lain-lain).
-
Pihak Majlis berhak membuat pemotongan deposit sekiranya penyewa melanggar syarat-syarat menyewa.
-
Kebersihan dan peralatan Dewan Sentral Sarikei hendaklah sentiasa dijaga dalam keadaan baik semasa dan selepas penggunaan dewan tersebut.
-
Tuntutan deposit boleh dibuat 7 hari selepas berlangsung program/aktiviti dan dibawa berserta resit asal deposit yang akan diproses dalam 14 hari waktu bekerja.
-
Pihak Majlis tidak akan membayar ganti rugi dan tidak akan bertanggungjawab terhadap keselamatan, kecederaan, kemalangan atau kehilangan yang berlaku semasa pengguna berada di Dewan Sentral Sarikei.
-
Penyewa adalah bertanggungjawab untuk memastikan kebersihan (selepas) dewan ,ruang legar dan tandas dijaga sepenuhnya. (Deposit akan ditolak jika dewan masih kotor)
BAHAGIAN B: KERJA-KERJA PERSIAPAN DEWAN
-
Jadual Penggunaan (Isnin-Ahad)
Waktu Penggunaan
|
Masa
|
Satu Hari
|
8.00pagi-12.00 tengah malam
|
-
Waktu Persiapan (dengan caj seperti perkara 1d.)
-
8.00pagi-12.00 tengah malam
-
-
Penyewa bertanggungjawab ke atas segala urusan dan beliau atau wakilnya dikehendaki berhubung dengan pentadbiran Majlis berkaitan dengan waktu persiapan bagi tujuan ini.
BAHAGIAN C: PEMBATALAN
-
Tempahan dewan akan terbatal automatik sekiranya pihak penyewa tidak menjelaskan wang deposit sebelum penggunaan dewan.
-
Segala pembatalan/pemindaan tarikh penempahan perlulah dimaklumkan kepada pentadbiran Majlis secara bertulis/Lisan 3 hari sebelum tarikh majlis
-
Pentadbiran Majlis berhak membatalkan kelulusan yang dibenarkan kepada pemohon pada bila-bila masa demi kepentingan MDS dan kerajaan. Pentadbiran Majlis akan memaklumkan kepada penyewa 3 hari lebih awal daripada tarikh pengunaan.
-
Pengguna/Penyewa dikehendaki mengemukakan resit bayaran sebelum menggunakan dewan atau pada bila-bila masa yang diminta oleh pihak Majlis.
BAHAGIAN D: PELANGGARAN SYARAT
-
Pentadbiran Majlis berhak membuat pemotongan deposit sekiranya mendapati:
-
Penyewa melanggar syarat-syarat penyewaan yang telah ditetapkan.
-
Berlakunya sebarang kerosakan pada bangunan dan peralatan yang disewa dengan kos yang sama dengan kos kerosakan berkenaan.
-
-
Saya bersetuju, jika permohonan ini diluluskan, saya akan menjelaskan sewaan dan deposit 7 hari sebelum penggunaan dewan. Saya juga akan mematuhi syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Majlis Daerah Sarikei.
Klik di sini untuk memuat turun BORANG TEMPAHAN SEWAAN DEWAN SENTRAL