SAMBUTAN PROGRAM “EARTH HOUR” TAHUN 2025
Disiarkan pada 26 Mar 2025
Sumber Berita: MEDIAS
Majlis Daerah Sarikei telah menyertai Program “Earth Hour 2025” secara maya yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Luar Bandar Sibu dengan tema “Creating Biggest Hour for Earth”.
Sebanyak empat belas (14) agensi kerajaan di daerah Sarikei turut menyertai program tersebut yang berlangsung pada Sabtu, 22 Mac 2025 iaitu:-
1. Pejabat Daerah Sarikei
2. Ibu Pejabat Polis Daerah Sarikei
3. Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Sarikei
4. Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Sarikei
5. Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sarikei
6. Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Sarikei
7. Jabatan Pendaftaran Negara Bahagian Sarikei
8. Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Sarikei
9. Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Sarikei
10. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Sarikei
11. Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sarawak, Bahagian Sarikei
12. Lembaga Sungai-Sungai Sarawak Sarikei
13. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bahagian Sarikei
14. Sarawak Energy Berhad Bahagian Sarikei
Bangunan pejabat Majlis Daerah Sarikei turut bergelap selama satu (1) jam mulai 8:30 malam hingga 9:30 malam sebagai simbolik dan tanda sokongan untuk program tersebut.
Lintas langsung melalui zoom program Earth Hour ini telah diadakan di Dewan MDS yang dihadiri oleh Ahli-ahli Majlis dan warga kerja MDS. Program yang dijalankan secara maya ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Michael Tiang Ming Tee, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak yang mewakili Yang Berhormat Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak.
Menerusi penyertaan kali kedua dalam program Earth Hour ini, pihak Majlis berharap kesedaran komuniti setempat akan pemanasan global dan perubahan iklim dapat ditingkatkan dan bersama untuk meneruskan usaha dalam pemeliharaan alam sekitar.
