Perhimpunan Bulanan Majlis Daerah Sarikei Bil. 1/2025
Disiarkan pada 17 Mar 2025
Sumber Berita: MEDIAS
Perhimpunan Bulanan Majlis Daerah Sarikei (MDS) bagi suku tahun pertama 2025 telah diadakan pada 12 Mac 2025 bertempat di Dewan Majlis Daerah Sarikei. Perhimpunan yang dihadiri oleh semua warga kerja MDS ini merupakan salah satu "avenue" pertemuan bagi Puan Lolita Jaime Nicholas, Setiausaha MDS untuk bersama-sama warga kerja MDS.
Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu "Negaraku" dan "Ibu Pertiwiku" disusuli dengan lafaz Ikrar Integriti yang diketuai oleh En. Philip Gira anak Tinggai, Penolong Pegawai Penguatkuasa MDS.
Setiausaha MDS dalam amanatnya telah mengingatkan semua warga kerja MDS untuk sentiasa menjunjung integriti, memupuk semangat kerja berpasukan, mengamalkan perbelanjaan berhemah dan proaktif dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.