122 Keping Iklan Pemberi Pinjam Wang Tanpa Lesen Ditanggalkan dalam Ops Vulture BSJKD Sarikei
Disiarkan pada 06 Mar 2025
Sumber Berita: MEDIAS
6 MAC 2025, SARIKEI – Sebanyak 122 keping iklan pemberi pinjam wang tanpa lesen telah ditanggalkan dalam Ops Vulture BSJKD yang dijalankan di kawasan sekitar Jalan Berek, Sarikei pada pagi tadi.
Operasi yang dilakukan pada pagi tadi melibatkan pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Sarikei dan anggota penguatkuasa Majlis Daerah Sarikei.
Menurut laporan yang disediakan oleh pihak polis, sebanyak 122 keping iklan telah ditanggalkan dalam operasi tersebut yang didapati ditampal tanpa lesen yang sah dan ditampal di lokasi yang tidak dibenarkan.