Pemantauan Kawasan Terjejas Banjir Kilat
Posted on 28 Feb 2025
Source of News: MEDIAS
Pada 26 Februari 2025, lawatan susulan ke kawasan banjir kilat telah dijalankan oleh pihak Majlis Daerah Sarikei yang disertai oleh Pengerusi Majlis Daerah Sarikei, Kr. Wong Zee Yeng dan wakil YB Dato' Sri Huang Tiong Sii. Turut serta dalam lawatan tersebut ialah wakil dari Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Bahagian Sarikei bagi meninjau keadaan serta merangka langkah penyelesaian.
Seterusnya, pada 27 Februari 2025, lawatan susulan dijalankan bersama pegawai-pegawai dari MDS untuk menyelaraskan tindakan yang perlu diambil.
Susulan tinjauan dan perbincangan yang diadakan, pihak MDS telah mengambil tindakan segera dengan menjalankan kerja-kerja pengorekan parit bagi melancarkan aliran air dan mengurangkan risiko kejadian banjir kilat berulang.