Community Engagement Programme di Rh. Mawas anak Timbu, Ulu Sarikei

Posted on 27 Aug 2024
Source of News: MEDIAS
SARIKEI, 24 OGOS 2024 (Sabtu) : MDS telah mengadakan Community Engagement Programme di Rh. Mawas anak Timbu, Jalan Bayong, Ulu Sarikei. Program ini dijayakan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan, NGOs, penduduk rumah panjang serta komuniti dari rumah-rumah panjang berdekatan.
Kr. Iskandar bin Naziri, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola memberitahu objektif program ini adalah untuk memperkasakan komuniti bagi memastikan kemandirian masyarakat. Program ini juga dapat mengalakkan kehidupan yang sihat dan harmoni di samping meningkatkan taraf dan kualiti hidup masyarakat. Selain itu, mendidik masyarakat tentang kepentingan dan kaedah menjaga kebersihan persekitaran dan keselamatan.
Pengisian program pada hari tersebut adalah seperti Ceramah Pengurusan Sampah yang Baik dan Betul oleh Majlis Daerah Sarikei, Ceramah Kawalan Rabies oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarikei, Ceramah Penyakit Denggi oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei, Ceramah Pencegahan Kebakaran dan Peranan Komuniti oleh Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Ceramah Trend Terkini Jenayah Komersil dan Ceramah Penyalahgunaan Dadah serta Bahaya Penggunaan Rokok Elektrik yang Mengandungi Cecair Dadah oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Sarikei, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak dan Veteran serta Jom Membaca 10 Minit oleh Perpustakaan Awam Sarikei, Pameran Wau/Gudi oleh Kelab Gudi Sarikei (KEGUSA), saringan kesihatan, kaunter khidmat pelanggan dan pameran oleh pelbagai agensi kerajaan & NGOs.
Majlis penutupan rasmi telah dsempurnakan oleh Kr. Ling Chai Yun wakil kepada Yang Berhormat Dato' Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen P.208 dan ADUN N.45 Repok.
Turut hadir bersama Kr. Wong Zee Yeng, Pengerusi Majlis Daerah Sarikei, Tuan Mahmudin Narudin, Ketua Balai BBP Sarikei, ASP Mohd Alime Mazlan AB Rahman, wakil Ketua Polis Daerah Sarikei, Dr. Koh Yih Seng, wakil Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei, Pn. Michelliney anak Mijen, wakil Jabatan Perkhidmatan Veterinar Bahagian Sarikei, Kapitan Ling Dien Yong, Ahli-Ahli Majlis, Tuai-Tuai Rumah dan penduduk berdekatan.