News

 

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kitar Semula Peringkat Sekolah Tahun 2023 Bagi Zon Sibu Dan Sarikei

Posted on 18 Jan 2024
Source of News: MEDIAS
Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak telah mengadakan Pertandingan Kitar Semula Peringkat Sekolah Tahun 2023 di Zon Sibu dan Zon Sarikei dengan kerjasama Fraser & Neave (F&N) Bhd, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Majlis Perbandaran Sibu, Majlis Daerah Luar Bandar Sibu, Majlis Daerah Sarikei dan Majlis Daerah Maradong dan Julau pada 26 Jun 2023 hingga 25 Disember 2023. Sebanyak 22 buah sekolah rendah dan 10 buah sekolah menengah telah menyertai pertandingan tersebut.
 
Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kitar Semula Peringkat Sekolah Tahun 2023 Bagi Zon Sibu dan Zon Sarikei telah diadakan pada 17 Januari 2024 di Kompleks Islam Sibu dan disempurnakan oleh YB Datuk Michael Tiang Ming Tee, Timbalan Menteri Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak.
 
Sementara itu, dua (2) buah sekolah rendah di bawah pentadbiran MDS telah berjaya mengharumkan nama Sarikei di mana Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Ming Tak telah memenangi Tempat Pertama dengan hadiah wang tunai RM1,000.00 dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hien telah memenangi Tempat Kedua dengan hadiah wang tunai RM800.00.
 
MDS ingin merakamkan sekalung tahniah dan terima kasih kepada semua sekolah di kawasan pentadbiran MDS yang turut serta dalam menjayakan program Pertandingan Kitar Semula Peringkat Sekolah Zon Sibu dan Sarikei bagi tahun 2023.
 
Adalah menjadi harapan MDS agar tahun 2024 akan lebih banyak lagi penyertaan dalam program ini sebagai usaha memupuk dan menyemai sikap cintai alam sekitar serta sebagai langkah menangani fenomena perubahan iklim, mewujudkan bandar dan komuniti mampan selaras dengan matlamat pembangunan mampan SDG 12 (Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab) dan SDG 13 (Tindakan Iklim).