News

 

HARI INTEGRITI DAN INOVASI MAJLIS DAERAH SARIKEI TAHUN 2023

Posted on 22 Nov 2023
Source of News: MD Sarikei
SABTU, 18 NOVEMBER 2023

SARIKEI: Majlis Daerah Sarikei telah mengadakan sambutan Hari Integriti dan Inovasi 2023 peringkat Majlis Daerah Sarikei di Dewan Majlis Daerah Sarikei. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Kr. Wong Zee Yeng, Pengerusi MD Sarikei.

Kr. Wong Zee Yeng menyeru dan mengingatkan semua Ahli-Ahli Majlis dan kakitangan supaya menyemai dan mengamalkan sikap integriti dan profesionalisme dalam melaksanakan tugasan dan amanah yang diberikan. Meskipun Hari Integriti disambut secara sederhana namun ianya merupakan langkah ke arah pembudayaan amalan integriti dalam organisasi, kerana dengan nilai integriti yang tinggi ianya akan meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan organisasi dalam menyediakan perkhidmatan.

Beliau juga turut mengucapkan tahniah di atas pencapaian cemerlang kumpulan D6 Force yang telah berjaya mendapat empat (4) bintang di Konvensyen SCSICA pada Oktober lepas melalui projek mereka iaitu Sm@rt P.

Beliau berharap agar semua warga kerja MDS teruskan usaha dan budaya berinovasi bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada komuniti Daerah Sarikei dengan menghasilkan produk yang kreatif bagi memudahkan urusan kerja (ease of doing business).

Selain daripada perkongsian pencapaian inisiatif-inisiatif OACP, Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diketuai oleh Encik Bobari Bilong Nelson, CeIO serta simbolik menandatangani IBR oleh Pengerusi dan Setiausaha Majlis, turut diadakan adalah Pameran Produk dan Video persembahan oleh kumpulan Kreatif & Inovatif (KIK) MDS.

Turut hadir ke sambutan Hari Integriti dan Inovasi ialah Timbalan Pengerusi Majlis, Kr. Misiah binti Abu Seman, Ahli-Ahli Majlis, kakitangan dan Penyelaras Program, Cik Susana Ubong Johnny.