Perasmian Projek Pembinaan Lampu Isyarat di Persimpangan Hospital Sarikei, Jalan Rentap

Posted on 02 Nov 2023
Source of News: MEDIAS (Media MD Sarikei)

KHAMIS, 2 NOVEMBER 2023 - SARIKEI: Kr Wong Zee Yeng, Pengerusi MDS mewakili YB Dato’ Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim merangkap Ahli Parlimen P.208 Sarikei dan ADUN N.45 Repok bersama Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja Awam, Kawalan Bangunan & Pengurusan Lalu Lintas MDS telah merasmikan lampu isyarat di persimpangan masuk ke Hospital Sarikei, Jalan Rentap pada petang ini.

Kr Wong berkata pelaksanaan projek ini menelan kos sebanyak RM 380,000 dan dibiayai oleh Kerajaan Negeri di bawah peruntukkan RMK12 dan dilaksanakan oleh MDS. Projek ini telah dilaksanakan sejak 1hb Ogos 2023 dan telah siap pada 1hb November 2023.

Beliau berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana meluluskan peruntukan dan juga kepada YB Dato’ Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim merangkap Ahli Parlimen P.208 Sarikei dan ADUN N.45 Repok atas usaha berterusan membantu dalam menyuarakan keluhan rakyat akar umbi.

Kr. Wong Zee Yeng berharap dengan adanya lampu isyarat pintar ini, keselamatan orang awam dan pengguna jalan raya dapat dipertingkatkan khususnya kepada pemandu ambulan semasa kecemasan kerana lampu isyarat ini dilengkapi dengan alat kawalan pintar yang menggunakan sistem SCATS, dimana aliran lampu isyarat dapat dikawal dari bilik kawalan kecemasan hospital.

Selain itu turut di pasang adalah papan tanda had laju digital sebagai peringatan kepada pengguna jalan raya supaya memperlahankan kenderaan apabila hendak menghampiri simpang hospital.

Pengarah Hospital, Dr Mohamad Ng Siah Huat memberitahu bahawa dia sangat teruja dengan adanya lampu isyarat pintar ini, bukan sahaja kerana ianya yang pertama di Sarawak malah diharapkan dapat melancarkan perjalanan ambulan semasa kecemasan bagi membolehkan pesakit mendapatkan rawatan segera.

Turut hadir bersama En. Donald Gani, wakil Residen Sarikei, Kr. Misiah binti Abu Seman, Timbalan Pengerusi MDS, En. Sait Enggang, Setiausaha MDS, Kr. Gilbert Wong selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Awam, Kawalan Bangunan & Pengurusan Lalu Lintas MDS, Inspektor Ahmad Mustaqim bin Idris, wakil Ketua Cawangan Trafik IPD Sarikei, Dr. Yang Xiang Yun, Ketua Jabatan Kecemasan Hospital Sarikei, Ahli-Ahli Majlis, Seri Teknik Sdn Bhd, kakitangan MDS dan kakitangan Jabatan Kecemasan Hospital Sarikei.