News

 

MDS Turun Padang Melihat Keperluan Penduduk di Perumahan Taman Meranti & Jalan Sakam

Posted on 12 Aug 2023
Source of News: MEDIAS (Media MD Sarikei)

RABU, 9 OGOS 2023 - SARIKEI: Kr. Wong Zee Yeng, Pengerusi MDS turun padang untuk melihat sendiri keperluan dan keluhan penduduk yang disuarakan dari kawasan perumahan Taman Meranti & perumahan Jalan Sakam. Hasil lawatan akan digunakan oleh pihak MDS untuk membuat perancangan dan tindakan yang perlu diambil. Turut bersama beliau semasa lawatan ialah Kr. Misiah bt Abu Seman, Timbalan Pengerusi MDS, Kr. Gilbert Wong, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Awam, Kawalan Bangunan & Pengurusan Lalulintas, Ahli-Ahli Majlis MDS dan kakitangan Majlis.