Lawatan Tapak oleh Jawatankuasa Kerja Awam, Kawalan Bangunan dan Pengurusan Lalulintas
Posted on 27 Jul 2023
Source of News: Majlis Daerah Sarikei
RABU, 26 JULAI 2023 - SARIKEI: MDS akan memberi perhatian dan tindakan sewajarnya ke atas keadaan parit dan culvert di Jalan Taman Nyelong 2, Sarikei. Perkara ini adalah hasil daripada lawatan ke lapangan yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Awam, Kawalan Bangunan & Pengurusan Lalulintas bersama Ahli Majlis MDS dan pegawai dari Bahagian Kejuruteraan Majlis semalam.