News

 

Pasar Sungai Rejang Akan Berwajah Baru

Posted on 20 Jun 2023
Source of News: Unit Komunikasi Awam Sarawak - UKAS

SELASA, 20 JUN 2023

SARIKEI: Pasar Sg Rejang yang terletak di tengah bandar Sarikei berdekatan dengan terminal ekspres dan bas akan dinaiktaraf bagi meningkatkan keselesaan penjaja dan pengunjung selain memberi wajah baharu kepada pusat penjaja berkenaan.

Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Dato’ Sri Huang Tiong Sii berkata projek menaiktaraf Pasar Sg Rejang bukti komitmen berterusan kerajaan dalam usaha mentransformasikan serta mengukuhkan rangkaian permintaan di bandar Sarikei.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan ADUN Repok menjelaskan projek menaiktaraf pasar itu juga bertujuan menjaga keselamatan peniaga dan orang awam yang berkunjung ke pasar tersebut kerana terdapat struktur bangunan yang telah uzur dan rosak.

Dato’ Sri Huang berkata demikian ketika ditemui semasa mengadakan lawatan ke Pasar Sungai Rejang pada petang Isnin bersama kakitangan Majlis Daerah Sarikei.

Beliau turun padang untuk memahami keperluan dan masalah yang dihadapi oleh penjaja di pasar tersebut.

Sumber: EDISI UKAS