FAQ - Frequently Asked Question

1. Di mana saya boleh menghantar aduan saya?

     Anda boleh menghantar aduan melalui saluran berikut:

  • Talian Hotline: 084‑657000

  • E-mel: mdsarikei@sarawak.gov.my

  • Faks: 084‑653702

  • Surat:
    Setiausaha,
    Majlis Daerah Sarikei,
    Jalan Nyelong, 96100 Sarikei,
    Peti Surat 420, 96108 Sarikei, Sarawak

  • Portal Talikhidmat: TALIKHIDMAT

  • Hadir secara terus:
    Kaunter Khidmat Pelanggan,
    Tingkat Bawah, Majlis Daerah Sarikei

2. Apakah waktu operasi kaunter?
  • Isnin–Khamis: 8:00 pagi – 1:00 petang & 2:00 petang – 3:00 petang

  • Jumaat: 8:00 pagi – 11:45 pagi & 2:15 petang – 3:00 petang

  • Sabtu, Ahad & Cuti Umum: Ditutup

3. Bila tarikh akhir saya membayar cukai taksiran?
     Cukai taksiran boleh dibayar dua kali setahun:
  • Separuh pertama: Tarikh akhir adalah pada 31 Mei
  • Separuh kedua: Tarikh akhir adalah pada 31 Oktober
4. Di mana saya boleh membuat pembayaran bagi bil-bil cukai taksiran ?
     Pembayaran boleh dibuat melalui:
  • Kaunter Pembayaran Majlis Daerah Sarikei
  • Aplikasi Sarawak Services
5. Kenapa saya perlu membayar cukai taksiran?

     Cukai taksiran adalah penting untuk menampung perbelanjaan Majlis Daerah Sarikei dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada
     orang awam. Ia termasuk:

  • Mengekalkan kebersihan kawasan bandar dan luar bandar

  • Pengurusan sisa pepejal

  • Penyediaan dan penyelenggaraan lampu jalan

  • Penyelenggaraan taman-taman awam

  • Pemotongan rumput

  • Penyelenggaraan am

  • Menyelenggara dan menaik taraf jalan-jalan kampung