13 Ogos 2023, AHAD - SARIKEI: YB Dato’ Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Ahli Parlimen P.208 Sarikei merangkap ADUN N.45 Repok telah melakukan lawatan tapak untuk melihat sendiri pelaksanaan projek Pemasangan Lampu Jalan dibawah Peruntukan Transformasi Luar Bandar (RTP). YB Dato' Sri seterusnya diberi penghormatan menyempurnakan Simbolik Perasmian Projek Pemasangan Lampu Jalan di Jalan Pasi-Petai sebanyak 60 unit, Jalan Merudu (CTC-SJK Su Lok) 42 unit, Jalan Permai-Buris dan Jakar masing-masing 5 unit dengan kos RM452,595.00.
YB Dato' Sri memberitahu bahawa beliau amat komited dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pembangunan luar bandar supaya ianya seiring dengan pembangunan di kawasan bandar. Beliau berharap dengan pemasangan lampu jalan ini, pengguna jalan raya khasnya penduduk setempat akan merasa lebih selesa dan selamat semasa memandu pada waktu malam.
Turut hadir Kr. Wong Zee Yeng, Pengerusi MDS, Encik Sait Enggang, Setiausaha MDS, Penghulu Huang Tiong Kang, Encik Aizuddin bin Yusuf, Pegawai SESCO Sarikei serta Pegawai-Pegawai Teknikal dari MDS dan SESCO Sarikei.