News

 

Projek Pembinaan Lampu Isyarat di Persimpangan Masuk ke Hospital Sarikei, Jalan Rentap.

Posted on 09 Aug 2023
Source of News: Majlis Daerah Sarikei
RABU, 9 Ogos 2023 - SARIKEI: Kr Wong Zee Yeng, Pengerusi Majlis Daerah Sarikei (MDS) bersama Ahli-Ahli Jawatankuasa Kecil Kerja Awam, Kawalan Bangunan & Pengurusan Lalu Lintas telah melakukan lawatan tapak untuk meninjau sendiri cadangan menaiktaraf persimpangan masuk ke Hospital Sarikei dimana MDS akan mendirikan lampu isyarat di persimpangan masuk ke hospital Sarikei, Jalan Rentap.
 
Beliau memberitahu pelaksanaan projek ini adalah dibiayai oleh Kerajaan Negeri di bawah peruntukkan RMK12 dan dilaksanakan oleh MDS. Projek ini akan mengambil masa tiga (3) bulan dan dijangka akan siap pada November 2023.
 
Beliau berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana meluluskan peruntukan dan juga kepada YB Dato’ Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim merangkap Ahli Parlimen P.208 Sarikei dan ADUN N.45 Repok atas usaha berterusan membantu dalam menyuarakan keluhan rakyat akar umbi.
 
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya bersabar dan memberikan kerjasama kepada pihak kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembinaan dengan mematuhi tanda amaran yang didirikan serta sentiasa mengamalkan pemanduan secara berhemah.
 
Beliau berharap dengan siapnya lampu isyarat in nanti akan memberikan keselesaan kepada orang ramai yang melalui jalan tersebut khasnya mereka yang hendak keluar ke arah taman susur jambu dimana pada masa ini terpaksa melakukan pusingan "U" di lampu isyarat di hadapan Stesen Petronas Jalan Tiong Soon Height/ Jalan Langsat.
 
Turut hadir bersama Kr. Misiah binti Abu Seman, Timbalan Pengerusi MDS, En. Sait Enggang, Setiausaha MDS, En. Bobari Bilong Nelson, Jurutera MDS, Kr. Gilbert Wong selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Awam, Kawalan Bangunan & Pengurusan Lalu Lintas, Ahli-Ahli Majlis dan kakitangan-kakitangan MDS.