News

 

Tinjauan Ke Atas Masalah Sistem Perparitan di Bandar Sarikei

Posted on 01 Aug 2023
Source of News: Majlis Daerah Sarikei

ISNIN, 31 JULAI 2023 - SARIKEI: MDS telah melakukan tinjauan ke atas masalah sistem perparitan di pusat bandar dan hasil tinjauan mereka mendapati punca sistem perparitan tersumbat dan air bertakung adalah disebabkan longgokan sampah sarap yang dibuang ke dalam parit. Pengerusi Majlis bersama pegawai dari Bahagian Kejuruteraan dan Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar telah turun padang untuk meninjau sendiri keadaan parit tersebut dan kerja-kerja pembersihan yang dijalankan. MDS memohon kerjasama orang ramai supaya tidak membuang sampah ataupun sisa makanan ke dalam parit agar dapat mengurangkan masalah parit tersumbat demi kesihatan dan keselesaan semua.