Lawatan Singkat YB Dato' Sri Huang Tiong Sii ke Mercu Tanda Sarikei
Posted on 26 May 2023
Source of News: Majlis Daerah Sarikei
Jumaat, 26 Mei 2023
SARIKEI: YB Dato' Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim mengambil kesempatan membuat lawatan singkat ke tapak mercu tanda Sarikei untuk melihat sendiri inisiatif Majlis Daerah Sarikei dalam usaha menyerikan lagi suasana Hari Gawai Dayak yang bakal disambut oleh masyarakat Dayak tidak lama lagi di mana beliau berkesempatan melihat sendiri hiasan gawai yang turut di buat di kawasan mercu tanda tersebut. Kehadiran beliau turut di sambut oleh Pengerusi Majlis, Timbalan Pengerusi Majlis dan beberapa orang ahli Majlis. Pengunjung yang datang turut tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama dengan YB Dato' Sri.
YB Dato' Sri memberitahu kawasan mercu tanda dan deco/hiasan gawai tersebut sesuai untuk beriadah, mengambil foto keluarga atau ber'selfie'. YB Dato' Sri berharap orang ramai dan pengunjung yang datang ke mercu tanda tersebut untuk bersama- sama menjaga kebersihan dan kelengkapan yang disediakan.