Tiada Rekod.

Sejarah

 

Majlis Daerah Sarikei telah ditubuhkan pada 1 Januari 1955 di bawah Ordinan Pihak BerKuasa Tempatan, 1948. Ianya mempunyai kawasan seluas 985.5 km persegi yang mana meliputi kawasan bandar Sarikei, Selalang, Ulu Sarikei, Sg. Rusa, Peninjau, Minah/Bulat, Meruton/Paoh, Merundu/Baji dan Pasi Selidap.

Bilangan penduduk mengikut anggaran tahun 2014 (Statistik Jabatan Perangkaan 2014) ialah lebih kurang 69,400 orang. Kawasan yang paling padat dengan penduduk ialah kawasan bandar Sarikei sendiri dan pertambahan penduduk di kawasan ini dijangka meningkat apabila jalanraya yang menghubungi kawasan perindustrian Tanjung Manis dan lain-lain daerah disiapkan sepenuhnya nanti.

Pejabat Majlis Daerah Sarikei terletak di Jalan Nyelong, Sarikei iaitu berhadapan dengan Dewan Suarah, Sarikei.

Terdapat 30 orang ahli-ahli Majlis termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi yang dilantik sebagai Ahli Majlis oleh TYT Yang Di Pertua Negeri Sarawak untuk melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada rakyat.

Majlis Daerah Sarikei mempunyai 94 orang kakitangan bertaraf tetap daripada pelbagai jawatan dan gred. Ianya diketuai oleh seorang Pegawai Tadbir (Setiausaha).

Ianya juga terdiri daripada beberapa bahagian seperti:-

1. Bahagian Pembangunan Komuniti dan Korporat
2. Seksyen Sumber Manusia
3. Bahagian Kejuruteraan
4. Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar
5. Bahagian Penilaian dan Pencukaian
6. Bahagian Penguatkuasa
7. Seksyen Kewangan
8. Seksyen Perpustakaan