Perutusan Setiausaha

Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu tahniah dan syabas kepada Majlis Daerah Sarikei (MDS) kerana dapat membangunkan Laman Web Rasmi Majlis Daerah Sarikei (MDS) selari dengan peredaran masa dan sebagai menyahut seruan Kerajaan Negeri yang menitikberatkan keupayaan dan peningkatan penggunaan sistem teknologi maklumat (ICT) di setiap jabatan dan agensi kerajaan.

Majlis Daerah Sarikei menyedari bahawa laman web merupakan satu wadah yang boleh menjadi penghubung atau komunikasi dua hala di antara MDS dengan para pelanggan atau masyarakat di bawah pentadbiran MDS kerana melalui laman web ini mereka dapat mengetahui fungsi dan peranan majlis serta jenis perkhidmatan yang disediakan.

Sebagai sebuah organisasi yang berorientasikan perkhidmatan, MDS sentiasa terbuka untuk menerima maklumbalas, idea dan pandangan yang positif dan membina daripada para pelanggan ke arah menambahbaik dan meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan untuk kebaikan semua serta memastikan Visi MDS ke arah Pembangunan Lestari, Komuniti Sejahtera dapat direalisasikan.

Selamat melayari Laman Web Rasmi MDS. Sekian, terima kasih.

Sait Enggang
Setiausaha
Majlis Daerah Sarikei