Salam Sejahtera, Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Pentadbir Laman Web Rasmi Majlis Daerah Sarikei di atas komitmen serta usaha dalam membangunkan Laman Web Rasmi Majlis Daerah Sarikei. Pembangunan laman web ini adalah selari dengan perkembangan semasa dalam era ekonomi digital yakni laman web ini adalah sebagai salah satu saluran komunikasi untuk menyampaikan maklumat am dan terkini mengenai Majlis Daerah Sarikei kepada masyarakat luar. Laman web ini dapat membantu Majlis Daerah Sarikei dalam memperkenalkan organisasi, peranan, fungsi, perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak Majlis kepada para pelanggan dan penduduk di bawah pentadbiran Majlis. Sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua yang sudi melayari portal kami. Wong Zee Yeng Pengerusi Majlis Daerah Sarikei |