1 |
Permohonan pelan bangunan yang lengkap akan diproses dan dikemukakan kepada agensi luar / seksyen dalaman yang berkaitan untuk ulasan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja. |
2 |
Pelan bangunan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Majlis dalam tempoh tidak melebihi empat belas (14) hari bekerja selepas mendapat kelulusan dari semua agensi yang berkaitan untuk kelulusan. |
3 |
“Occupation Permit” hendaklah dikeluarkan dalam tempoh dua (2) hari bekerja selepas penerimaan Borang F. |
4 |
100% jumlah projek pembangunan yang diluluskan siap dilaksanakan dalam tahun semasa. |
5 |
Merancang program dan aktiviti perpustakaan secara tahunan dan dilaksanakan 100% pada tahun semasa. |
6 |
Mengambil tindakan susulan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja ke atas setiap kesalahan / pelanggaran undang-undang. |
7 |
Melaksanakan program pembangunan komuniti bersama penduduk / badan bukan kerajaan mengikut jadual yang dirancang dan dapat dilaksanakan 100% dalam tahun semasa. |
8 |
Sampah domestik dikutip sekurang-kurangnya dua (2) kali seminggu dan mengikut jadual kutipan yang ditetapkan oleh Majlis. |
9 |
Permohonan lesen yang lengkap diproses dan diluluskan dalam tempoh 90 hari bekerja. |
10 |
Semua bil cukai taksiran dihantar tiga (3) bulan sebelum tarikh akhir pembayaran yang diwartakan. |
11 |
Memberi respon kepada pengadu dalam tempoh dua puluh empat (24) jam dan status pelaksanaan tindakan ke atas aduan dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) hari bekerja dari tarikh aduan diterima. |