Program Recycle For Life Cycle Poster Competition 2022 |
Tarikh : 26 Aug 2022 |
Terdapat lima (5) buah sekolah rendah dan sebuah (1) sekolah menengah di bawah kawasan pentadbiran Majlis Daerah Sarikei telah menyertai pertandingan tersebut iaitu SJK (C) Su Lok, SJK (C) Chung Hien, SK Balong, SK ST Anne, SJK (C) Wah Man dan SMK Tinggi Sarikei.
Bagi Kategori Sekolah Rendah (Zon Sibu dan Zon Sarikei), dua (2) kumpulan dari SJK (C) Wah Man telah memenangi tempat pertama dan tempat kedua dengan tema poster “Together We Can Change The World” dan “Recycle For Life Cycle” serta salah satu kumpulan dari SK St Anne telah memenangi Saguhati dengan tema poster “Recycle For Life Cycle”.
Selain itu, SJK (C) Wah Man juga telah memenangi Grand Prize MPHLG pada pertandingan tersebut.
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada pemenang-pemenang. Kepada yang tidak berjaya kali ini, jangan berputus asa, cuba lagi tahun hadapan.
SARIKEI – Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengadakan Program Recycle For Life Cycle Poster Competition 2022 dengan kerjasama Fraser & Neave Holding Bhd (F&N) pada 19 Jun 2022 hingga 19 Julai 2022 yang lepas. Terdapat lima (5) buah sekolah rendah dan sebuah (1) sekolah menengah di bawah kawasan pentadbiran Majlis Daerah Sarikei telah menyertai pertandingan tersebut iaitu SJK (C) Su Lok, SJK (C) Chung Hien, SK Balong, SK ST Anne, SJK (C) Wah Man dan SMK Tinggi Sarikei. Bagi Kategori Sekolah Rendah (Zon Sibu dan Zon Sarikei), dua (2) kumpulan dari SJK (C) Wah Man telah memenangi tempat pertama dan tempat kedua dengan tema poster “Together We Can Change The World” dan “Recycle For Life Cycle” serta salah satu kumpulan dari SK St Anne telah memenangi Saguhati dengan tema poster “Recycle For Life Cycle”. Selain itu, SJK (C) Wah Man juga telah memenangi Grand Prize MPHLG pada pertandingan tersebut. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada pemenang-pemenang. |