Berita

MDS SERTAI KONVENSYEN INOVATIF DAN KREATIF KEMENTERIAN KESIHATAN AWAM, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Tarikh : 11 Aug 2022
 

KUCHING - Majlis Daerah Sarikei melalui Kumpulan A-Bra!n telah menyertai Konvensyen Inovatif dan Kreatif Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bertempat di Hotel Raia, Kuching.

Konvensyen yang berlansung selama dua (2) hari pada 8 dan 9 Ogos 2022 tersebut turut disertai oleh 18 kumpulan yang lain dari agensi-agensi di bawah kementerian. Sebanyak 19 projek inovatif dan kreatif telah dibentangkan.

Pada konvensyen kali ini, kumpulan A-Bra!n telah membentangkan tajuk projek Pengurusan Buku Log Kenderaan Yang Tidak Efisien.