Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
 
 
 
 
 
Operasi bot penumpang Sarikei-Tanjung Manis dihentikan susulan kes positif COVID-19
Tarikh : 27 May 2020  Sumber Berita: Utusan Borneo
 

 

SIBU: Operasi bot-bot penumpang bagi laluan Sarikei-Tanjung Manis dihentikan serta-merta, hari ini.

Penolong Pengurus Pelabuhan Bahagian Lembaga Sungai Sungai Sarawak (LSS) Hazizan Sapiee ia susulan terdapat kes positif COVID-19 disahkan di Tanjung Manis, sekali gus menjadikan status daerah itu kini kuning. 

Katanya, arahan tersebut dikeluarkan oleh LSS, berkuat kuasa serta merta bermula 26 Mei.

"Perintah itu selari dengan prosedur operasi standard (SOP) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang membolehkan pengangkutan awam beroperasi di, atau antara, zon hijau sahaja. 

"Perkhidmatan pengangkutan sungai ke daerah Matu dan Daro serta kawasan berhampiran di Bahagian Mukah bagaimanapun dibenarkan beroperasi," katanya hari ini.

Daerah Tanjung Manis bertukar status daripada zon hijau ke zon kuning setelah seorang pelajar dari sebuah kolej di Kuching yang kembali ke rumahnya di Kampong Belawai pada 12 Mei lalu disahkan positif COVID-19.

Pelajar perempuan berusia 20 tahun itu, difahamkan, diperintahkan menjalani tempoh kuarantin di rumahnya dari 12 hingga 25 Mei.

Namun, hasil ujian sampel yang dikeluarkan oleh pihak kesihatan pada 24 Mei menunjukkan pelajar terbabit positif COVID-19.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Superintenden Awang Arfian Awang Bujang mengesahkan bahawa anggotanya telah mengiringi sepasukan kakitangan kesihatan untuk mengambil pelajar terbabit dari rumahnya sebelum dibawa ke Hospital Sibu dengan ambulans pada Isnin. 

Dalam itu, pada itu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sedang berusaha untuk mengesan kontak rapat pelajar berkenaan terutama di kawasan kampung pelajar berkenaan.