Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
 
 
 
 
 
COVID-19: Tiada kes baharu di Sarawak, jumlah kumulatif kekal 549
Tarikh : 27 May 2020  Sumber Berita: Utusan Borneo
 

 

KUCHING: Tiada kes positif baharu COVID-19 dilaporkan di Sarawak hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kekal 549 setakat ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataannya berkata pada hari ini juga tiada kes baru yang sembuh dan discaj dari hospital dilaporkan.

"Setakat hari ini, jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah sembuh dan discaj seramai 473 atau 86.16 peratus daripada 549 jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Sarawak setakat ini.

"Sebanyak 17 kes kematian disebabkan COVID-19 direkodkan di Sarawak sehingga hari ini," jelas JPBNS.

JPBNS juga memberitahu setakat ini 59 pesakit COVID-19 di Sarawak sedang menerima rawatan di hospital, dan daripada jumlah itu, 44 dirawat di Hospital Umum Sarawak, lapan di Hospital Sibu, lima lagi di Hospital Bintulu dan di Hospital Miri, dua.

Sementara itu, seramai 141 orang disyaki (PUI) baharu dilaporkan di negeri ini dan 155 kes masih menunggu keputusan ujian makmal.

Pada hari ini lima Daerah Kuning direkodkan di Sarawak iaitu Kuching, Serian, Sibu, Tanjung Manis dan Bintulu manakala Daerah Hijau sebanyak 35.

Daerah Hijau itu ialah Tebedu, Lundu, Samarahan, Bau, Limbang, Miri, Simunjan, Asajaya, Sri Aman, Betong, Lawas, Mukah, Matu, Sarikei, Saratok, Pusa, Kabong, Lubok Antu, Meradong, Julau, Pakan, Kanowit, Selangau, Tatau, Sebauh, Dalat, Daro, Kapit, Belaga, Song, Bukit Mabong, Marudi, Subis, Beluru dan Telang Usan.