Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
 
 
 
 
online visitor Pelawat Di Talian 60
total visitor Jumlah Pelawat 112,762
Kemaskini Pada: 27 Jun 2017
Versi 8.0.2
 
SejarahSejarah

 

Majlis Daerah Sarikei telah ditubuhkan pada 1 Januari 1955 di bawah Ordinan Kuasa Tempatan, 1984. Ianya mempunyai kawasan seluas 1715.5 km persegi yang mana meliputi kawasan bandar Sarikei, Selalang, Ulu Sarikei, Sg. Rusa, Peninjau, Minah/Bulat, Meruton/Paoh, Merundu/Baji dan Pasi Selidap.

Bilangan penduduk mengikut anggaran tahun 2014 (Statistik Jabatan Perangkaan 2014) ialah lebih kurang 69,400 orang. Kawasan yang paling padat dengan penduduk ialah kawasan bandar Sarikei sendiri dan pertambahan penduduk di kawasan ini dijangka meningkat apabila jalanraya yang menghubungi kawasan perindustrian Tanjung Manis dan lain-lain daerah disiapkan sepenuhnya nanti.

Pejabat Majlis Daerah Sarikei terletak di Jalan Nyelong, Sarikei iaitu berhadapan dengan Dewan Suarah, Sarikei.

Terdapat 32 orang ahli-ahli termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi yang dilantik sebagai Ahli Majlis oleh TYT Yang Di Pertua Negeri Sarawak untuk melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada rakyat.

Majlis Daerah Sarikei mempunyai 75 orang kakitangan bertaraf tetap daripada pelbagai jawatan dan gred. Ianya diketuai oleh seorang Pegawai Tadbir (Setiausaha) dan dibantu oleh Penolong Pegawai Tadbir (Penolong Setiausaha).

Ianya juga terdiri daripada beberapa bahagian seperti:-

1. Bahagian Pentadbiran
2. Bahagian Kerja Awam
3. Bahagian Kesihatan Awam
4. Bahagain Perbendaharaan
5. Bahagian Penilaian dan Kadaran
6. Bahagian Penguatkuasaan
7. Bahagian Perpustakaan