Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
 
 
 
 
online visitor Pelawat Di Talian 51
total visitor Jumlah Pelawat 108,907
Kemaskini Pada: 29 Mei 2017
Versi 8.0.1
 
Fungsi KamiFungsi Kami

FUNGSI DAN PERANAN MAJLIS DAERAH SARIKEI

⋇ BAHAGIAN PENTADBIRAN

① Pentadbiran am dan perkhidmatan sokongan kepada semua fungsi utama Majlis dengan peneraju kepada pengurusan dan pelaksanaan program kualiti dan penambahbaikan yang berterusan untuk mencapai pembangunan strategik yang akan dilaksanakan.

② Menguruskan sistem fail dan surat-menyurat

③ Menguruskan perjawatan

④ Mengurus permohonan program Kemiskinan

⑤ Dan lain-lain pentadbiran

⋇ BAHAGIAN KEJURUTERAAN

① Membuat perancangan pembangunan strategik untuk menyediakan projek- projek pembangunan

② Mengawal perancangan Bandar dengan menyemak, meluluskan pelan-pelan bangunan, sivil dan kejuruteraan melalui Prosedur Kawalan Bangunan

③ Menyediakan, menyelenggara, meningkatkan, membangun dan mengindahkan kawasan dengan kerja-kerja landskap di kawasan jagaan Majlis. ⇝ Membangunkan taman awam yang baru, kawasan lapang, taman-taman rekreasi dan kawasan landskap

④ Pembangunan dan penyelenggaraan kemudahan awam dan infrastruktur, sukan dan rekreasi dan rumah rehat

⋇ BAHAGIAN KESIHATAN DAN PERKHIDMATAN BANDAR

① Menyelenggara dan pertingkatkan tahap kebersihan awam

⇝ Kawalan mutu makanan, pengurusan market / gerai / penjaja / rumah, pengurusan sisa-sisa pepejal, pengurusan sistem pembentungan, membersihkan sampah-sarap, membersihakan parit pasar, rumah penyembelihan majlis dan pemantauan kebersihan tandas awam

② Bertanggungjawab terhadap kawalan vektor seperti denggi, malaria dan anjing liar

③ Memproses permohonan pelbagai lesen perdagangan

④ Kawalan mutu dan keselamatan makanan

⇝ Pemeriksaan dan pengredan premis makanan

⇝ Mengeluarkan lesen perniagaan makanan

⋇ BAHAGIAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA

① Menjalankan kerja ukur periksa dan menilai cukai ke atas pegangan berkadar, membuat siasatan rumah roboh, baru dan terbiar, memproses pertukaran hak milik pegangan dan menyiasat permohonan hapus kira cukai dan bebas cukai pintu secara efektif dan bersepadu

② Menyediakan bil-bil cukai taksiran

③ Menyediakan anggaran hasil kadaran

⋇ BAHAGIAN PENGUATKUASAAN

① Melaksana dan menguatkuasa Ordinan Majlis, Undang-Undang dasar, Undang- Undang Kecil dan Arahan Kerajaan di kawasan jagaan Majlis

② Pemprosesan permohonan untuk kain rentang, permit pengiklanan dan banting, permit sementara untuk tempat awam

⋇ SEKSYEN KEWANGAN

① Pengurusan kewangan Majlis melalui kutipan hasil dan perakaunan dengan mengadakan kaunter kutipan cukai pintu, pelbagai lesen dan bil Sistem Bayaran Bil Setempat (SBBS)

② Menguruskan bayaran gaji dan elaun kakitangan

③ Menguruskan caruman pencen, KWSP dan lain-lain untuk kakitangan

④ Menyediakan anggaran belanjawan tahunan

⑤ Menyedia penyata kira-kira kewangan bulanan dan tahunan

⋇ SEKSYEN PERPUSTAKAAN

① Pengurusan dan pembangunan sumber-sumber ilmu dengan penyediaan pusat rujukan (perpustakaan) yang selesa dan perkhidmatan perpustakaan bergerak dan E-Pustaka yang dilengkapi dengan teknologi ICT terkini untuk kemudahan orang awam

② Menguruskan permohonan untuk menjadi ahli perpustakaan

③ Memproses dan menyediakan buku-buku perpustakaan dan pelbagai bahan bacaan