Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
 
 
 
 
online visitor Pelawat Di Talian 59
total visitor Jumlah Pelawat 108,915
Kemaskini Pada: 29 Mei 2017
Versi 8.0.1
 
Perutusan SetiausahaPerutusan Setiausaha


Terima kasih kerana meluangkan masa untuk melawat laman web Majlis Daerah Sarikei. Laman web ini telah direkabentuk untuk menjadi mesra pengguna sebaik mungkin dimana kita menjangka akan berkembang dan membangunkan  dari masa ke semasa.

Adalah menjadi hasrat kami supaya laman web ini bertindak sebagai sumber utama pemberi maklumat dan sumber komunikasi dua hala di mana pengunjung boleh melihat organisasi kami, perkhidmatan dan fungsi-fungsi Majlis.

Seiring dengan peredaran masa dan kecanggihan tamadun manusia, harapan pelanggan  yang tinggi  sentiasa menjadi cabaran besar kepada Majlis Daerah Sarikei, sebagai  organisasi yang berorientasikan perkhidmatan. Sudah pasti maklumbalas  dan cadangan pelanggan sentiasa dialu-alukan untuk menambahbaik dan meningkatkan perkhidmatan kami  kepada orang ramai.

Saya berharap anda akan mengguna laman web ini sebaik mungkin untuk mengenali dan memperoleh maklumat  mengenai Majlis Daerah Sarikei. Selamat melayari Laman Web Majlis Daerah Sarikei.


Henry Jalin Watt
Setiausaha
Majlis Daerah Sarikei